Hasan Ali: Tanpa pengundi baru semua negeri PR boleh jatuh
Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 15 Jun — PAS Selangor pula menegaskan bukan sahaja negeri itu akan tumbang, malah tiga negeri lain diterajui Pakatan Rakyat (PR) bakal mengalami nasib yang sama jika gagal memikat pengundi baru dalam jumlah yang banyak.
“Memang diakui bahawa setiap negeri PR akan jatuh sekiranya tidak mendapatkan pengundi baru dalam jumlah yang besar,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.
Justeru, Exco Kerajaan Negeri Selangor ini menegaskan, PAS telah menyedari akan hal itu dan sudah pun menggerakkan jentera untuk mendapatkan pemilih yang masih belum mendaftar di negeri tersebut.
Hasan mengakui kedudukan PR khususnya di Selangor dan Kedah akan “terancam” sekiranya tidak mempergiatkan usaha untuk mendapatkan pengundi baru dalam jumlah yang besar.
PR juga menerajui kerajaan negeri Kelantan dan Pulau Pinang.
Kata beliu, usaha-usaha untuk mendapatkan pengundi baru perlu dipergiatkan sekiranya PR mahu terus menerajui negeri-negeri yang dipimpin sekarang.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman yang mengatakan bahawa PAS Selangor dan Kedah perlu melipatgandakan usaha memikat minimum 50 peratus daripada 1.2 juta orang yang belum mendaftar sebagai pengundi baru di negeri itu jika mahu PR mengekalkan tapak kuasa di kedua-dua negeri tersebut.
“PAS perlu berusaha untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 50 peratus pengundi baru... kerana kini ada kira-kira 700,000 orang yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di Selangor dan 300,000 orang lagi di Kedah.
“Jadi, kita perlu meletakkan sasaran untuk mendaftarkan separuh daripada mereka jika mahu menarik pengundi kepada Pakatan dalam pilihan raya,” kata Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
Abdul Halim memberi tempoh sehingga hujung tahun ini untuk mendaftar 500,000 pengundi baru di Selangor dan Kedah.
Hasan berkata, pihaknya akan melipatgandakan usaha untuk mendapatkan pengundi baru dan menyasarkan sebanyak 80 peratus pengundi baru di negeri itu.
“Kita menyasarkan sebanyak 80 peratus pengundi baru... akan menggerakkan jentera kita di seluruh negeri bagi memastikan sasaran itu tercapai,” katanya.
Hasan menambah PAS telah pun menggerakkan jentera melalui Gerakan Mendaftar Pengundi Baru dengan cara berkempen dari rumah ke rumah untuk mendapatkan pemilih-pemilih baru.
“Ini kerana pengundi baru ini penting bagi menentukan parti mana yang akan menerajui sesebuah negeri pada pilihan raya umu akan datang,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataan yang dikeluarkan Abdul Halim hanya sebagai peringatan supaya jentera tidak leka akan tanggungjawab mereka untuk mendapatkan pengundi baru.
“Saya anggap kenyataan yang dikeluarkan itu bersifat untuk memotivasikan jentera supaya melakukan satu lonjakan bagi mendapatkan pengundi-pengundi baru.
“Ia hanya peringatan biasa sahaja memandangkan Abdul Halim adalah Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS, jadi beliau perlu tegas dalam isu ini.
“Walau bagaimanapun peringatan itu tidak boleh diambil ringan kerana ia penting untuk mendapatkan pengundi baru bagi memastikan kemenangan kita pada pilihan raya umum nanti,” kata beliau yang juga Naib Presiden.
Menurutnya, PAS Kedah telah menggerakkan jentera di semua peringkat untuk mencari dan mendaftarkan pemilih yang masih belum mendaftar sebagai pengundi di negeri itu.
“Kita telah pun menggerakkan jentera kita sejak dari dulu lagi iaitu selepas pilihan raya umum (2008) dan sehingga kini, kita masih menjalankan kerja-kerja mencari dan mendaftarkan pemilih baru.
“Justeru, saya harap jentera PAS dapat menjalankan tugas dengan teliti dan bertanggungjawab bagi memastikan pemilih yang masih belum mendaftar didaftarkan sebelum pilihan raya umum nanti,” katanya.

No comments
Post a Comment