NGO Islam Indonesia: Skandal seks Peterpon ‘keganasan moral’
JAKARTA, 15 Jun — Video klip skandal seks penyanyi muda Nazril Irham atau lebih mesra dengan panggilan Ariel dan teman wanita Luna Maya dan bekas kekasihnya Cut Tari bukan sahaja mengejutkan Indonesia, malah menjadi bahan perbualan seluruh dunia.
Bagaimanapun Ariel dan Maya, seorang model dan pengacara program televisyen melahirkan rasa terkejut dengan klip video, yang kini diedarkan dengan meluas menerusi internet.
Setakat ini tiga klip video membanjiri ruang siber. Ia mula muncul sejak awal bulan ini.
Video yang kurang jelas itu kelihatan dirakamkan oleh Ariel ketika mereka mengadakan hubungan seks.
Rakaman itu menunjukkan Ariel, penyanyi berusia 28 dari kumpulan Peterpan juga mengadakan hubungan seks dengan Cut Tari, yang kini sudah mendirikan rumah tangga.
Dalam temu bual bersama dengan TVOne, Ariel dan Maya berkata, mereka kini menjadi mangsa fitnah dan oleh itu, meminta peminat-peminatnya tidak membuat rumusan tidak berasas sebelum siasatan polis selesai.
Bagaimanapun Ariel dan Maya tidak menafikan dengan tegas yang individu dalam rakaman itu adalah mereka.
“Perkara ini belum berakhir. Siasatan masih diteruskan. Tidak perlu dibesar-besarkan sebelum adanya pengesahan,” kata Ariel apabila ditanya sama ada individu dalam klip video itu adalah dia.
Maya, 26, pula mendakwa media sengaja membesar-besarkan perkara itu.
“Apa yang jelas, kami bukan sebagaimana didakwa oleh orang,” kata Maya apabila ditanya sama ada dia berpegang kepada ulasan-ulasan polis bahawa rakaman video itu bukan tulen.
“Ia mengejutkan kami. Saya tidak pernah berfikir yang perkara macam ini akan terjadi ke atas kami... ini satu fitnah,” katanya.
Polis telah menyoal siasat ketiga-tiga selebriti berkenaan, yang kemungkinan boleh menghadapi hukuman penjara 12 tahun jika sabit kesalahan menghasilkan atau mengedarkan bahan lucah di bawah undang-undang antibahan lucah yang diguna pakai di Indonesia sejak dua tahun lalu.
Semalam, di Jawa Timur polis menyerbu sekolah-sekolah tinggi dan memeriksa telefon bimbit pelajar bagi memastikan mereka tidak memuat turun klip video itu.
Penaja korporat termasuk Unilever dan Sharp telah menggugurkan Maya daripada penerbitan promosi, di mana dia tidak lagi menjadi hos program muzik popular televisyen.
Golongan konservatif dalam Kabinet Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dikatakan menimbulkan persoalan mengenai keperluan undnag-undang yang ketat ke atas akses internet di negara yang mempunyai 240 juta orang.
Video pertama yang terdedah membabitkan klip enam minit, menunjukkan Ariel berada di atas katil bersama Maya, model sabun Lux.
Media tempatan menyebut klip video muncul di ruang siber awal bulan ini selepas komputer riba Ariel dicuri dan beberapa rakaman yang serupa, dengan selebriti-selebriti lain juga dikatakan diperoleh.
Video kedua lapan minit juga muncul. Kali ini menunjukkan hubungan intim dengan bekas teman wanitanya.
Jurucakap timbalan polis nasional Brig. Zainuri Lubis berkata siasatan masih dikendalikan.
Pertubuhan bukan kerajaan Indonesia, Barisan Pembela Islam menyifatkan klip video itu sebagai satu bentuk “keganasan” dan mengancam mahu mengambil undang-undang di tangan mereka jika polis gagal mengawal pengedaran rakaman membabitkan artis berkenaan.
“Jika polis tidak boleh menahan Ariel, Luna, dan Cut Tari dalam tempoh tiga hari, kami akan menyerbu tempat-tempat yang menjual video lucah di Jakarta,” kata Habib Salim, ketua pertubuhan kontroversi itu yang turut dikenali sebagai FPI.
Aktivis Barisan Pembela Islam mengadakan protes di pekarangan ibu pejabat polis di Jakarta. — Gambar The Jakarta Globe
Habib memberitahu Jakarta Globe semalam bahawa “kami masih menunggu siasatan polis.”
“Tetapi jika mereka gagal, kami akan bertindak,” kata Habib selepas mengetuai protes di hadapan ibu pejabat polis di sini.
“Artis lucah adalah satu lagi bentuk keganasan. Ini adalah keganasan moral. Kita perlu menyelamatkan rakyat kita daripada apa juga bentuk kemudaratan yang akan menjejaskan moral,” kata beliau.
Habib juga mendesak ketiga-tiga mereka tidak muncul di khalayak demi kepentingan ramai.
“Saya menggesa umat Islam menjauhi mereka,” katanya.
Cut Tari hadir di ibu pejabat polis bersama suaminya Johanes Jusuf Subrata, yang dia kahwin ketika video itu dirakamkan.
Sebelum ini Cut Tari telah menafikan wanita dalam video itu adalah dia.

No comments
Post a Comment