Kuota dikhuatiri rugikan Melayu


SHAH ALAM – Kerajaan digesa mengkaji semula kuota 60:40 kepada kaum lain bagi kawasan komersial di Kampung Baru kerana sekiranya cadangan itu diteruskan dikhuatiri akan merugikan orang Melayu.

Pengerusi Dewan Muda, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Selangor (DPMMS), Agil Faisal Ahmad Fadzil (gambar) berkata, hasrat kerajaan mahu memajukan Kampung Baru adalah satu cadangan yang amat bernas dan dialu-alukan.

Menurutnya, bagaimanapun, apa yang menimbulkan keraguan dan menyesakkan nafas adalah cadangan untuk membuka kuota 60:40 kepada kaum lain.

“Banyak pembangunan sekarang ini terutamanya di kawasan bandar-bandar tidak memihak kepada orang Melayu ditambah pula jurang ekonomi orang Melayu masih lagi jauh tertinggal.

“Alasan pembahagian 60:40 untuk mempercepatkan pembangunan Kampung Baru dan dapat menarik pelabur adalah tidak munasabah dan alasan lapuk,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Katanya, beliau yakin sekiranya Kampung Baru dibangunkan dengan pemilikan 100 peratus Melayu, kawasan itu akan tetap maju dan berdaya saing kerana lokasinya yang strategik.

Beliau berkata, tanggapan golongan pendek akal yang mengatakan orang Melayu tidak mampu untuk membeli kawasan komersial yang bernilai tinggi adalah tidak tepat.

“Orang Melayu mana yang tidak mahu memiliki hartanah di kawasan Kampung Baru Kuala Lumpur? Bangunkan kawasan itu dan tawarkan kepada orang Melayu melalui institusi amanah milik orang Islam dan Melayu, persatuan-persatuan perniagaan Melayu ataupun individu-individu Melayu pasti laris macam goreng pisang panas,” katanya.

Aqil berkata, tiada ahli perniagaan Melayu yang akan melepaskan peluang sekiranya dibenarkan memiliki premis perniagaan di Kampung Baru.

Menurut beliau, apa yang diperlukan adalah pelan utama yang jelas supaya potensi sebenar pembangunan Kampung Baru dapat di hayati dan divisualkan.

“Satu lagi isu yang amat penting adalah berkenaan dengan Akta Parlimen yang akan digubal untuk mengawal pembangunan Kampung Baru.

“Janganlah akta ini memberi kuasa mutlak kepada satu-satu individu untuk menentukan perubahan sesuatu dasar berkenaan dengan pembangunan Kampung Baru.

“Sebagai contoh kuasa mengubah zon-zon kawasan atau kuota jangan sesekali diletakkan di bawah kuasa Datuk Bandar , Menteri mahupun Perdana Menteri sekalipun tetapi harus di putuskan oleh jawatankuasa lebih besar dan telus serta perlu di anggotai oleh orang Melayu sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata, sememangnya hasrat murni Kerajaan untuk membangunkan Kampung Baru sememangnya dihargai tetapi janganlah sesekali meletakkan kepentingan ekonomi semata-mata kerana orang Melayu telah banyak mengalah dan kalah di dalam percaturan ekonomi di Tanah Melayu.


span style="color: rgb(204, 0, 0);">Ingin membantu menggerakkan blog ini? sila klik di sini setiap kali anda membaca. Setiap klik amat membantu saya.Terima kasih!

No comments

Powered by Blogger.