Ng Yen Yen & Festival Ramadan
Oleh Nobisha
Menteri Pelancongan, Dato’ Seri Ng Yen Yen kata seramai 50,000 pelancong dari Arab Saudi, United Arab Emirates dan Iran tiba di Malaysia dalam tempoh suku tahun pertama. Ia adalah bilangan yang cukup tinggi dan usaha-usaha menarik lebih ramai pelancong dari Timur Tengah harus dilakukan; lebih-lebih lagi setiap pelancong dari negara-negara tersebut membelanjakan sekitar RM7,160 seorang selama 10 hari mereka berada di negara ini
Untuk nak tarik lebih ramai, Ng Yen Yen kata kementeriannya akan bekerjasama dengan i-City di Shah Alam untuk anjurkan Festival Ramadan yang penuh dengan aktiviti selama 24 jam sepanjang bulan tersebut. Katanya lagi, imam dari Dubai atau Qatar akan diundang untuk ketuai solat tarawikh.
Itu yang Ng Yen Yen sebut. Apa yang beliau tidak sebut ialah Festival Ramadan bukanlah mengenai solat tarawikh. Malah, solat tarawikh di i-City tak sama dengan solat di Masjid Nabawi yang membawa 1,000 kali ganjaran pahala atau di Masjidil Haram 10,000 kali ganjaran.
Shah Alam bukanlah Madinah atau Mekah. Umat Islam Malaysia berduyun-duyun ke Mekah pada bulan Ramadan kerana ibadah di sana ada kelebihannya. Kalau nak bersolat tarawikh, umat Islam dari Timur Tengah akan ke Madinah atau Mekah, bukan Shah Alam. Mereka tidak datang Shah Alam untuk solat tarawikh.
Cadangan Ng Yen Yen tak ada kena mengena dengan solat tarawikh. Ia hanyalah inisiatif perniagaan untuk menarik pelancong ke i-City. Festival Ramadan 24 jam bukan untuk menarik pelancong bertahajud dan membaca al-Quran, tetapi untuk membuka kedai 24 jam bagi pelancong Timur Tengah membeli-belah dan makan, makan, makan sepanjang Ramadan. Apabila umat Islam dibawa ke Malaysia untuk “shopping sakan”, maka Ramadan bulan ibadah akan menjadi Ramadan bulan pesta-pestaan dan membeli-belah.
I-City pernah menganjurkan pesta Krismas sebelum ini (lihat gambar atas). Atas sebab itulah agaknya maka Ng Yen Yen nak adakan Festival Ramadan pula. Saya tak fikir itu semangat Ramadan. Dan, saya juga tak yakin “shopping sakan” di bulan Ramadan itu ajaran Islam.
Mungkin ada yang kata sebelum ini pun pusat-pusat membeli-belah membuat promosi jualan Hari Raya. Memang, dan saya tak fikir ia adalah sesuatu yang betul dan harus terus digalakkan. Cukuplah kita merayakan Ramadan sedemikian. Tak payahlah nak tambah lagi. Dan tak perlu juga nak jadikan Malaysia pusat antarabangsa untuk “shopping sakan” di bulan mulia ini.
Alahai, adakah setakat itu sajalah “produk pelancongan Islam” yang mampu difikirkan oleh Ng Yen Yen?
http://www.nobisha.com

No comments
Post a Comment