PENDUDUK BUKIT BOTAK AKAN DAPAT HARTANAH BERNILAI TINGGI
KENYATAAN AKHBAR
16 JUN 2010
PENDUDUK BUKIT BOTAK AKAN DAPAT HARTANAH BERNILAI TINGGI
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri telah mengadakan satu taklimat untuk penduduk Bukit Botak semalam berkenaan status bayaran pampasan berikutan pengambilalihan tanah bagi menjayakan projek perumahan yang menyeluruh di kawasan itu.
Taklimat ini diadakan di Pejabat Daerah Gombak dan diketuai oleh Menteri Besar sendiri, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pegawai Daerah Gombak, Ahmad Zahrin Mohd Saad, wakil Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan wakil Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Dalam perjumpaan tersebut, 15 orang wakil penduduk telah diberitahu rumah ditawarkan pada harga RM99,000 setelah mengambil kira bayaran pampasan pengambilan tanah mengikut keluasan.
Bagi tanah keluasan 205 meter persegi, pampasan adalah sebanyak RM12,300. Bagi tanah keluasan 672 meter persegi, pampasan adalah sebanyak RM40,320. Pampasan ini diserap sebagai kos pembangunan rumah yang ditetapkan sebanyak RM12,300 seunit dan selebihnya dijadikan deposit rumah.
Ini bermakna penduduk tidak kerugian kerana wang pampasan telah diserapkan sebagai kos pembinaan rumah serta infrastruktur yang dijanjikan seperti jalan, lampu, longkang, surau dan taman permainan kanak-kanak. Jika wang pampasan tidak diambil kira, rumah terpaksa dijual pada harga RM111,300 seunit.
Taklimat ini bertujuan mendapat komitmen penduduk Bukit Botak dalam menjayakan projek yang telah terbengkalai selama 20 tahun akibat kegagalan pemaju yang dilantik kerajaan terdahulu.
Dalam taklimat itu, wakil penduduk diberitahu harga rumah kekal seperti yang ditawarkan sebelum ini mengikut keluasan tanah yang telah diambil Kerajaan Negeri untuk memajukan projek itu.
Penduduk yang memiliki tanah seluas 205 meter, harga rumah yang ditawarkan berharga RM99,000 seunit dan pemilik tanah seluas 672 meter persegi, rumah ditawarkan dengan harga RM70,980 seunit.
Kesemua harga ini selepas ditolak dari wang pampasan yang patut mereka terima tetapi diserapkan dalam kos pembangunan dan selebihnya dijadikan deposit rumah. Ini bermakna, penduduk tidak perlu mengeluarkan wang pendahuluan untuk memiliki rumah.
Bagi penduduk yang tidak mempunyai hak milik atau tidak pernah membayar premium tanah, mereka perlu membeli rumah ini pada harga RM111,300 seunit. Namun, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak masih menerima rayuan dari mereka yang mendakwa pemilik tanah tetapi tidak diberi hak milik atas sebab-sebab tertentu.
Wakil penduduk juga diberitahu proses mengeluarkan tender berada di peringkat akhir dan kontraktor yang dipilih akan diumumkan bagi menjayakan projek bernilai RM140 juta ini.
Menteri Besar menegaskan, Kerajaan Negeri tidak memperoleh sebarang keuntungan hasil dari pembangunan ini kerana projek ini hanya memenuhi tanggungjawab sosial dan membantu penduduk setinggan yang teraniaya.
“Kami mahu membawa penduduk setinggan ke era baharu. Selama ini penduduk setinggan hanya diberikan rumah yang dibina dengan standard yang rendah dan tidak bernilai tinggi. Cara ini meletakkan penduduk setinggan hidup pada takuk lama,” kata Menteri Besar.
Mengenai runggutan penduduk yang mendakwa tidak diberikan maklumat dan dokumen yang lengkap, Abdul Khalid memberi jaminan LPHS serta Pejabat Tanah dan Daerah Gombak akan bekerja keras untuk bertemu dengan semua 1,422 penduduk bagi memberi penjelasan dan merekodkan pilihan yang mereka buat.
Abdul Khalid berkata, Kerajaan Selangor tidak akan meneruskan projek ini jika semua penduduk Bukit Botak menolak cadangan pembangunan projek perumahan ini.
Mengenai harga rumah yang dikatakan tinggi, Menteri Besar berkata, projek ini bukan sekadar menyediakan rumah kepada setinggan yang ditindas tetapi memberikan hartanah yang bernilai tinggi.
Katanya, pemilik rumah boleh mendapat keuntungan besar dengan menjual semula rumah ini kepada pihak lain selepas rumah siap sepenuhnya.
“PKNS sedia membeli rumah yang telah siap dengan harga RM170,000. Jika penduduk tidak mahu menjual kepada PKNS, mereka boleh menjual sendiri kerana rumah ini dibina dengan standard yang tinggi dan sudah tentunya nilainya lebih tinggi berbanding harga asal.
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT MENTERI BESAR SELANGOR

No comments
Post a Comment