Kunjungan Najib Ke Kelantan Buang Masa

WAKTU catatan ini diperbuat dilaporkan di Kota Bharu hujan sedang turun dengan lebatnya. Katanya hujan disertai dengan kilat. Malam ini Perdana Menteri, Najib Razak dijangka akan merasmikan Fiesta Kelantan 2010. Pada mulanya Fiesta itu akan dirasmikan oleh Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Putra. Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada mulanya juga dijangka hadir.

Malangnya semua tidak menjadi seperti mana dirancangkan. Perancangan Allah lebih baik dan ideal dari perancangan manusia. Semuanya sudah 'berkucar lana' jadinya. Fiesta Kelantan itu adalah anjuran bersama di antara kerajaan Kelantan menerusi PMBK dengan kerjasama Kementerian Pelancongan. Pengendalilnya Red Carpet Woldwide sebuah syarikat milik anak kroni Umno.

Kegagalan Fiesta itu berjalan dengan lancar telah cuba diambil kesempatan oleh Umno untuk memburukkan kerajaan Kelantan. Umno cuba menerangkan kepada orang ramai yang kerajaan Kelantan memulau Fiesta berkenaan. Inilah kerja Umno. Tetapi tidak semudah itu rakyat akan mempercayainya. Rakyat dan orang ramai akan mencari sebab musababnya dan mengkaji kenapa majlis itu jadi harubiru.

Saya juga hairan bila mendapat tahun pesta yang mulanya disusun dan diatur dengan baik tiba-tiba jadi 'kucar bara' apabila menjelang saat ia hendak berlangsung. Sebelum hari, semalam susun aturnya masih tidak berubah. Pemanngku Raja akan berangkat merasmikan, MB Kelantan juga akan hadir. Tetapi alih-alih mulai pagi tadi naik banner mengatakan majlis itu akan dirasmikan Perdana Menteri. Saat inilah ia mula memeningkan kepala. Nama Pemangku Raja tidak ada langsung hilang lenyap dalam gong gendang!

Saa percaya Tengku Faris tidak berkecil hati kalau gambarnya tidak dipampangkan di tiang-tiang eletrik. Tetapi apabila memanda menterinya (Nik Aziz) tidak diraikan sepatutnya menyeabkan baginda terasa hati dengan apa yang berlaku. Adalah tidak patut kalau baginda hadir tetapi memanda menterinya tidak berucap. Adil dan kenalah bagi baginda untuk tidak ikut berangkat.

Maka gara-gara pertukaran jadual itu atau apa yang disebut Exco Kanan, Takiyuddin Hassan bahawa Red Carpet Wordwide memungkir janji dan syaratlah menyebabkan kerajaan Kelantan memulaukan Fiesta berkenaan. Kerajaan pulau bukan kerana bencikan Najib tetapi kerana sikap tidak jujur anak buahnya di Kelantan.

Persoalannya siapakah permain licit di sebalik perubahan mendadak ini? Apakah ia dari pihak kerajaan negeri yang menjadi penganjur bersama. Tidak? Tidak mungkin kerajaan negeri jadi sebodoh itu majlis yang dianjurnya tetapi diboikot.

Apa yang berlaku merugikan siapa? Kerja ini sudah tentu daripada pihak Umno. Ada laporan menyatakan orang yang beriya agar Nik Aziz tidak berucap ialah Mustapa Mohamed. Mustapalah orang bertanggungjawab. Tindakan Mustapa ini kurang bijak dan membuka kelemahan beliau sebagai seorang pemimpin. Harapnya selepas ini beliau akan membuat penjelasan atas apa yang berlaku.

Sepatutnya Mustapa tidak berkeras untuk halang Nik Aziz berucap. Beliau patut biarkan Nik Aziz berucap sama. Beliau tidak perlu rasa takut kepada sesuatu yang berbagar-bagar dalam kepalanya. Katanya Mustapa takut untuk beri Nik Aziz bercakap, bimbang Nik Aziz akan menghentam Najib seperti Nik Aziz hentam Abdullah Baawi semasa pelancaran Koridor Raya Pantai Timur (Ecer) tidak lama dulu.

Pendek sangat akal Mustapa kalau dia berfikir begitu. Memang ada 'kuliha' apa yang dibimbanginya. Tetapi bukankah Mustapa boleh minta salinan ucapan Nik Aziz, check dan periksa dulu. Kalau ada mana-man ayat atau pantun da syair menyindir Najib boleh diminta Nik Aziz potong atau tidak bacakan. Rasanya Nik Aziz juga manusia yang tahu adat dan budibahasa. Saya tidak merasa Nik Aziz akan mencerca Najib di hadapan raja.

Nampaknya Mustapa tidak peka kepada isyarat yang Nik Aziz berikan dalam muktamar Pas minggu lalu. Di situ Nik Aziz sudah marah kepada perwakilan yang mempersenda dan memanggil dengan panggil jelek kepada Najib. Apakah erti dan makna marah Nik Aziz itu. Sebab itu sekali sekali Mustapa kena baca juga akhbar Harakah untuk mengetahui apa suara pemimpin Pas dan jangan bertalik buta kepada rtm dan Utusan saja.

Mustapa jelas tidak pandai mengambil kesempatan untuk mempertemukan dua tokoh atas satu pentas. Sepatutnya beliau bijak laksana. Beliau tidak melepas peluang itu untuk merapatkan silaturahim antara dua pemimpin besar. Tetapi apa boleh buat kerana kebodohan dan rasa takut yang melulu maka terlepaslah peluang keemasan itu. Bayangkan betapa hebatnya kalau malam ini bersemayam di atas pentas sama Menteri Besar dengan Perdana Menteri yang mana di tengah-tengah Pemangku Raja. Hebat.

Sayangnya minda Mustapa tumpul gelebek untuk mencipta sejarah itu buat dirinya dan rakyat Kelantan. Rasa takut tidak bertempat menyebakan peluang itu sia-sia saja. Pada saya kegagalan mempertemukan atau meletakkan Nik Aziz bersama Najib satu kerugian besar kepada Umno Kelantan khasnya dan rakyat Kelantan amnya.

Inilah jadinya kalau sesutau organisasai itu dipimpin oleh orang yan cetek ilmu, terlalu penakut dan bekerja menggunakan kepalanya sendiri. Umno Kelantan tidak akan berubah bulu kalau ianya dipegang oleh orang penakut tidak bertempat seperti Mustapa Mohamed. Dalam hal ini saya nampak Annuar Musa lebih berani dan geliga dari Mustapa.

Kesimpulanya kunjungan Najib ke Kelantan yang ditunggu-tunggu hari ini hanya membuang masa saja. Bukan saja beliau tidak berkesempatan bersua dengan Nik Aziz, tetapi beliau juga mendapat malu apabila Fiesta itu dipulau oleh rakyat Kelantan. Apalah hebatnya pemimpin kalau beliau ditinggalkan terkontang kanting atas pentas dalam kilau kilat dan hujan lebat!

Mungkin dari peristiwa yang berlaku hari ini, sampai masa untuk Najib menilai semula kedudukan dan peranan Mustapa Mohamed selaku ketua Umno Kelantan. Kalau orang seperti Mustapa diharapkan untuk membaikpulihkan Umno Kelantan, ibarat kata parti itu akan kempunan lagi dalam pilihan raya akan datang.

Namapaknya kedua orang Bachok (Mustapa dan Awnag Adek) bukan memabawa tuah, tetapi membawa tulah kepada Umno. Kerana itu saya katanya Mustapa hanya layak jadi Tok Empat Umno. Sudahlah Mustapa bebal begitu, Awang Adek pula sudah dicap sebagai kaki judi oleh rakyat Kelantan. Aduhai..

http://msomelayu.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.