AES didakwa warisi saman ekor, Kase minta campur tangan Agong
KUALA LUMPUR, 23 Dis — Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase) pagi tadi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon campur tangan Istana Negara berhubung Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang diluluskan Parlimen baru-baru ini.
Badan itu mendakwa peruntukan baru rang undang-undang tersebut membolehkan saman ekor, yang menjadi pertikaian banyak pihka, diteruskan dalam bentuk baru iaitu sistem penguatkuasaan automatik (AES).
Memorandum disampaikan oleh Pengerusi Kase Datuk Mahfuz Omar yang memohon campur tangan Seri Paduka atas alasan undang-undang itu diluluskan secara tergesa-gesa dan melalui undi berbelah bahagian.
Rang undang-undang itu menurut Mahfuz mengandungi beberapa perkara yang tidak adil untuk rakyat khususnya pelaksanaan sistem AES yang disifatkanya sebagai saman ekor cara baru.
Mahfuz yang juga naib presiden PAS dan Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, apabila undang-undang itu dilaksanakan, ia hanya akan menguntungkan syarikat kroni dan pada masa yang sama membebankan rakyat.
Selain itu juga pindaan undang-undang baru itu juga masih mengekalkan saman ekor dan senarai hitam yang sememangnya dibantah rakyat.
Pada 15 Disember lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010, yang antara lain akan membolehkan pendaftaran kereta elektrik, pelaksanaan AES bagi membanteras pemanduan berbahaya, dan penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAN).
Ia dijangka akan dikuatkuasakan suku pertama tahun depan. Bagaimanapun, rang undang-undang itu terpaksa melalui proses undi belah bahagian pada bacaan kedua yang menyaksikan 70 menyokong, manakala 40 lagi menentang.
Ini kerana majoriti anggota Parlimen, terutama pembangkang mendesak supaya rang undang-undang itu ditarik balik kerana tidak berpuas hati dengan penjelasan mengenai pelaksanaan AES.
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika menggulung perbahasan rang undang-undang itu, bagaimanapun menegaskan bahawa pelaksanaan sistem AES tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan kerajaan.
Katanya, AES akan ditempatkan di lokasi hitam yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Sistem AES telah pun dilaksanakan di beberapa negara termasuk Vietnam, Kemboja, Thailand dan Singapura.

No comments
Post a Comment