Media Indonesia 'main api'

Daripada Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my


Pelbagai cara dicari untuk mencetus rasa marah penyokong Malaysia

PELBAGAI cara dicari media Indonesia untuk mencetus rasa marah penyokong Malaysia di Jakarta. Antaranya ada yang menyebut dengan bebas bahawa pemain sayap negara, S Kunanlan adalah pemain import dari India.

Jelas media di negara republik ini akan menyiarkan apa sahaja yang mereka anggap tidak menyebelahi mereka termasuk hakikat insiden laser terlebih dulu bermula di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Selepas dikejutkan oleh kenyataan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan jurulatih skuad negara, K Rajagobal pada dua sidang akhbar berlainan kelmarin, yang mengatakan penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee turut menjadi sasaran laser, media Indonesia terus berdiam diri.

Hanya saluran televisyen RCTI menayangkan klip tidak sampai 30 saat menunjukkan Sharbinee disuluh laser ketika bertemu Indonesia pada pertemuan peringkat kumpulan 1 Disember lalu.

Namun isu itu tidak dibincangkan sebagaimana isu lain seperti gol Christian Gonzales yang dibatalkan pengadil ketika final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kenyataan jurulatih Indonesia, Alfred Riedl yang mengatakan laser bukan punca kekalahan pasukannya juga diolah semula sehingga akhirnya wujud laporan pengendali Austria itu turut menyalahkan laser di Bukit Jalil.

No comments

Powered by Blogger.