SUK: Kerajaan negeri nafi lewat serah nama, dakwa wujud dalang
KUALA LUMPUR, 29 Dis – Kerajaan negeri Selangor menyangkal Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Munir Bani yang mendakwa kononnya kerajaan negeri lewat menghantar senarai calon untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri yang kini kelihatan menjadi kemelut antara negeri dan pusat.
Pakatan Rakyat Selangor juga kesal dengan perkembangan mutakhir dan merasakan ia tindakan didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik mereka.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin menegaskan, tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.
Malah katanya, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sepatutnya hanya tamat 20 Mac depan.
“Perlu ditegaskan di sini, kerajaan negeri telah menjalankan proses pemilihan pada 27 November lalu dengan menubuhkan Panel Pemilihan yang sejajar dengan Nota Amalan Perkhidmatan Awam,” kata Faekah dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.
Panel itu diketuai Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim dengan dianggotai dua Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali dan Dr Xavier Jayakumar.
Panel itu kata Faekah, telah menemu ramah enam calon dari lapan nama yang telah dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.
“Panel Pemilihan telah menyenarai pendek calon-calon dan Menteri Besar telah pada 17 Disember 2010, mempersembahkan nama-nama tersebut untuk pertimbangan Sultan Selangor bagi mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan,” katanya.
Kata Faekah, meskipun penubuhan panel itu bukan satu kemestian, tetapi kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tatacara yang baik yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.
“Menteri Besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” kata beliau.
Faekah berkata, isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi timbul sejurus sebelum Umno mengumumkan Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor.
Justeru, kata beliau, Pakatan Rakyat Selangor memohon rakyat Selangor bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi yang tidak akan membantu dalam mencari penyelesaian terbaik.
“Pentadbiran ini menggalakkan persatuan dan pertubuhan masyarakat mengadakan solat hajat di seluruh negeri bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada Sultan Selangor dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini.
“Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing,” kata beliau.
Isu pelantikan Khusrin, Pengarah Jais, menjadi kemelut ekoran pengumuman Putrajaya bahawa beliau akan memulakan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan mulai 1 Januari ini.
Pada hari pengumuman kelmarin, Pejabat Menteri Selangor berkata pelantikan itu belum muktamad kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikannya.

No comments
Post a Comment