PMRU: Maahad Muhammadi Perempuan terbaik Yik

Yusri Amin

KOTA BHARU, 30 Dis: Maahad Muhammadi Perempuan (MMP) muncul Sekolah Terbaik Yayasan Islam Kelantan (YIK) dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah Ugama (PMRU) 2010, manakala Nur Fakhira Zakirudin Pelajar Terbaik peperiksaan PMRU 2010 dengan mendapat keputusan penuh 10A (97.40 peratus).

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat, Pulai Chondong diumumkan Sekolah Terbaik bagi peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) 2010, manakala Pelajar Terbaik ialah Izzah Hameeda Zamani (Maahad Muhammadi Perempuan) dengan mendapat 10 Mumtaz (97.70 peratus).

Muhammad Aizat Syimir Rozani (Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chica, Pasir Mas) diisytihar Pelajar Terbaik SMTQ 2010 dengan mendapat 10 Mumtaz (92.80 peratus), manakala Mohd Izzat Izzudin Mat Jun (Pusat Pengajian Pondok, YIK) diistihar Pelajar Terbaik peperiksaan Sijil Tinggi Ugama Pondok (STUP) dengan mendapat ‘Mumtaz’.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Mohamad Awang ketika mengumumkan keputusan peperiksaan itu berkata keputusan umum PMRU 2010 ialah 93.89 peratus, meningkat 09.84 peratus berbanding 84.05 peratus pada 2009.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periok memaklumkan, kecemerlangan calon PMRU 2010 dengan mendapat ‘A’ dalam semua mata pelajaran ialah seramai 589 orang (08.96 peratus), berbanding 458 orang (07.31 peratus) pada 2009.

“Sebanyak 24 buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus membabitkan Maahad Kerajaan Negeri, Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Bantuan Kerajaan Negeri dan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Persendirian,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan PMRU, SMU, SMTQ dan STUP 2010 di Maahad Muhammadi, Merbau di sini pagi tadi.

Menurutnya, keputusan umum peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU) ialah 76.19 peratus, meningkat 07.58 peratus dari tahun 2009 iaitu 68.61 peratus.

“Dari segi kecemerlangan SMU 2010, calon mendapat peringkat Mumtaz (Cemerlang) seramai 1,091 orang (19.64 peratus) berbanding pada 2009 seramai 930 orang (17.35 peratus).

“Bagi peperiksaan SMU 2010, enam buah sekolah telah mencapai keputusan 100 peratus membabit Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat, Pulai Chondong, Maahad Muhammadi Perempuan (MMP), Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Asriah, Banggol Chicha, Maahad Muhammadi Pasir Pekan, SMU (A) Bustanus Saadah, Morak dan Maahad Tahfiz Quran AlS-Muhammadi, Kundang, Johor.

“Peratus umum peperiksaan SMTQ 2010 ialah 100 peratus, meningkat 0.79 peratus berbanding 2009 (99.21 peratus) membabitkan 128 calon,” katanya.

Bagaimana pun, pada peperiksaan STUP 2010, peratus umum dicapai 58.18 peratus, merosot 02.19 berbanding 2009 (60.37 peratus).

Turut hadir Pengarah Yik, Ahmad Robert Abdul Rahim dan Pengetua MMP, Ustaz Mansor Daud.

1 comment

Admin said...

salam, mengapa ia tak diumum yek...atas sebb parti lain memerintah, menunjukkan kerajaan negeri telah memerintah dgn baik anak anak menjadi dlm pelajaran...hok gini nok sembunyi jugakkk entah laaaa

Powered by Blogger.