N.Surendran bukti ahli sah PKR sejak 2002
PETALING JAYA, 30 Dis – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren hari ini membuktikan bahawa beliau merupakan anggota sah parti itu sejak 2002.
Dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini beliau menunjukkan kad keahlian parti itu kepada wartawan yang hadir.
Justeru kepimpinan PKR menyatakan sokongan penuh perlantikan Surendren sebagai Naib Presiden sekaligus menolak tomahan liar yang dikemukakan Ahli Parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan.
“Kami memang amat sokong Surendren. Semua tuduhan tidak betul. Kita sokong Surendren sebab dia muda dan banyak idea baru. Kita perlukan perubahan baru. Kita terima Surendren sebagai naib presiden dan tiada masalah,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Port Dickson, M Ravi.
Pada sebelah pagi, Gobalakrishnan dilaporkan mempertikai kesahihan keanggotaan Surendren dengan mendakwa beliau bukan ahli PKR yang sah.
Selain itu Gobala turut menuduh Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang menentukan jawatan dalam PKR.
Sehubungan dengan itu, pemimpin PKR akan mengadakan perbincangan selepas sekembalinya Datuk Seri Anwar Ibrahim dari luar negara bagi menentukan tindakan selanjutnya terhadap Gobalakrishnan.
Dalam sidang media yang sama Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam turut menjelaskan perlantikan N Surendren sebagai Naib Presiden PKR adalah keputusan parti.
Justeru kata beliau, anggota parti harus terus memberi tumpuan kepada misi utama memperjuang PKR menolak Umno-Barisan Nasional.
“Saya tidak pernah melobi untuk Surendren. Ini keputusan parti dan presiden, kita tidak perlu tentang. Kalau saya tidak diberi kerusi pun tidak mengapa, tapi perjuangan parti yang penting. Kita gembira tidak ada masalah,” jelas beliau lagi.

No comments
Post a Comment