Kenderaan yang menghalang malam ini akan ditunda – polis
KUALA LUMPUR, 31 Dis - Polis mengingatkan orang ramai yang mahu menyaksian sambutan ambang tahun baru di sekitar ibu kota malam ini supaya meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya.
Ini kerana pihak polis akan menunda kenderaan yang diletakkan sesuka hati termasuk di bahu jalan dan menghalang lalu lintas, kata Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd Noor.
“Kalau yang menghalang kita akan tunda. Saya ingatkan mereka yang ingin menyambut ambang tahun baru malam ini supaya meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya.
“Tindakan ini adalah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar raya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Rusli turut mengingatkan orang ramai supaya menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) bagi mengelak mereka daripada terperangkap dalam kesesakan ketika hendak pulang ke rumah selepas sambutan.
“Saya nasihatkan kepada orang ramai supaya meletakkan kenderaan di kawasan LRT dan seumpanya sekiranya boleh, kerana selain membantu mengurangkan kesesakan pada malam ini, ia juga akan memudahkan mereka pulang ke rumah selepas sambutan itu,” katanya.
-Bernama

No comments
Post a Comment