Kelantan Anjur Konsert Amal Wali Band Kutip Derma Palestin
KOTA BAHARU, -- Kumpulan terkenal dari Indonesia, Wali Band akan mengadakan konsert sulungnya di Kelantan untuk mengisi tabung bantuan rakyat Palestin, kata Pengerusi Sekretariat Misi Cakna Palestin (SMCP) Nazri Deraman.
Konsert itu anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama SMCP dan Anjung Tulus Corporation Sdn Bhd. akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini Sabtu malam.
Nazri berkata persembahan itu merupakan satu lagi usaha pihaknya untuk memberi peluang kepada orang ramai membantu mangsa kezaliman Yahudi di bumi Palestin.
Katanya, "Konsert Wali Band: Berhibur Sambil Menderma Untuk Gaza" itu bermula pukul 9 malam.
Beliau berkata, kumpulan yang dianggotai empat anak muda itu akan mengadakan persembahan selama satu jam dengan 12 lagu termasuk lagu popularnya, "Ingat-Ingat Mati".
Bercakap pada sidang media di sini, Nazri berkata serentak dengan konsert itu juga, pihaknya akan mengadakan "Bazaar 4 GAZA" di dataran stadium itu dengan menjual pelbagai barangan selama dua hari.
Tiket-tiket berharga RM20 hingga RM100 itu sedang dijual di perkarangan stadium itu.

No comments
Post a Comment