PKR: Kertas siasatan kes cedera Kottapan siap
SHAH ALAM, 29 Dis – Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes bekas Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, K.S. Kottapan yang mendakwa ditumbuk dan ditendang oleh seorang anggota Exco Kerajaan Selangor semasa sesi pemilihan peringkat cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR), Kota Raja pada 26 Sept lepas.
Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kertas siasatan itu telah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan kini menunggu keputusan pejabat berkenaan.
“Pihak kami telah menghantar kertas siasatan yang sudah lengkap tersebut dan kini menunggu keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini, hari ini.
Dalam insiden yang berlaku di Dewan Bandaraya Shah Alam (MBSA), Bukit Naga di sini, Kottapan mendakwa ditendang dan ditumbuk pencabarnya Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr A. Xavier Jayakumar yang bertanding bagi jawatan ketua cabang PKR Kota Raja ketika itu, beberapa kali.
Susulan itu, Dr Xavier dan Kottapan masing-masing membuat laporan polis berhubung insiden itu.
Dalam laporan mereka, Kottapan mendakwa dia ditumbuk dan ditendang beberapa kali oleh Dr Xavier tetapi ADUN itu pula menafikan perkara itu.
Sementara itu, Tun Hisan berkata dua anggota polis berpangkat konstabel yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan mencederakan seorang lelaki dalam satu sekatan jalan raya di Kota Damansara, Petaling Jaya pada 18 Dis lepas, telah digantung tugas.
Beliau berkata pihaknya telah menghantar kertas siasatan kes kedua-dua anggota itu kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk diputuskan.
“Walaupun permohonan reman untuk kedua-dua anggota itu ditolak mahkamah, kita masih menunggu keputusan pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya sama ada untuk menuduh atau sebaliknya,” kata beliau.
Penahanan dua anggota berusia 25 dan 27 tahun dari Balai Polis Damansara itu dibuat selepas mereka didakwa mencederakan mangsa, Chia Buang Hing, 34, yang ditahan kerana gagal mempamerkan cukai jalan selain disyaki memiliki dadah dan parang.
Kedua-dua anggota polis itu didakwa mencederakan mangsa selain mencuri wang tunai sebanyak RM13,000 milik mangsa. – Bernama

No comments
Post a Comment