Mahfuz Letak Jawatan Pengerusi GLC Kedah
ALOR SETAR, 29 Dis (Bernama) -- Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata beliau telah melepaskan jawatan Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan Kedah berkuatkuasa serta merta.
Katanya surat peletakan jawatan telah diserahkan kepada pihak pengurusan Kedah Sato minggu lalu yang merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).
"Tak perlu saya dedahkan sebabnya, elok pihak media bertanya sendiri kepada Kedah Sato," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata memandangkan berita itu sudah tersebar sama ada melalui internet ataupun dari mulut ke mulut, beliau mengambil sikap terbuka dengan tidak menafikannya kerana tidak mahu berbohong kepada umum.
"Memang betul apa yang anda dengar. Saya tidak nafikan...," katanya.
Ditanya beliau telah memaklumkan kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Anggota Parlimen Pokok Sena itu berkata: "Mereka sedia maklum kenapa saya bertindak begitu kerana saya telah jelaskan dalam surat peletakan jawatan saya. Mereka ada jawapannya," katanya.
Desas desus tentang peletakan jawatan Mahfuz sebagai Pengerusi Kedah Sato tersebar sejak akhir-akhir ini dikatakan berpunca daripada Mahfuz yang tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan.

No comments
Post a Comment