12 Resolusi Dicapai Pada Persidangan MTUC Ke-38
PETALING JAYA, 29 Dis (Bernama) -- Gaji minimum RM1,200 dan elaun sara hidup (COLA) sebanyak RM300 untuk sektor swasta adalah antara 12 resolusi yang dicapai pada persidangan perwakilan Kongres Kesatuan Sekerja(MTUC) ke-38 di sini Rabu.
Persidangan yang dipengerusikan oleh Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud antara lain turut bersetuju supaya tempoh cuti bersalin selama 90 hari dengan bergaji penuh bagi sektor swasta.
"Gaji minimum itu bergantung kepada majikan untuk menerimanya tapi kita amat berharap supaya perkara ini (gaji minimum) dapat dipertimbangkan majikan di negara ini sementara resolusi yang lain akan dibawa ke persidangan Majlis Am untuk tindakan lanjut," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 600 perwakilan.
Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bila persidangan Majlis Am itu akan diadakan.
Pada majlis yang sama, sebahagian perwakilan yang hadir turut menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada bekas Setiausaha Agungnya, G Rajasekaran yang tidak mempertahankan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baru.
Sementara itu, keputusan pemilihan jawatankuasa baru MTUC bagi penggal 2010-2013 hanya dapat diketahui selepas pukul 8 malam ini.
Jawatan Presiden menyaksikan perlawanan satu lawan satu melibatkan penyandangnya, Syed Shahir dengan timbalannya, Mohd Khalid Atan dari Kesatuan Pekerja-pekerja Perhutanan Semenanjung.
Bagi jawatan timbalan presiden, tiga penjuru iaitu P.Maniyam dari Kesatuan Pekerja-pekerja Industri Elektrik (EIWU), Mohd Jafar Abdul Majid(Kesatuan Kebangsaan Sekerja Pekerja Telekomunikasi Semenanjung) dan Abdul Razak Md Hassan (Kesatuan Pekerja-pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad).
Jawatan Setiausaha Agung turut melibatkan tiga penjuru antara Abdul Halim Mansor dari Kesatuan Sekerja Petroleum dan Kimia (NUPCIW), Abdullah Sani Abdul Hamid dari Kelab Kesatuan Sekerja (CLUB) serta J Solomon dari Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE).
Sejumlah 37 calon lagi akan bertanding untuk merebut 15 jawatan dalam MTUC.
Sebanyak 552 perwakilan yang mewakili 126 kesatuan yang bernaung di bawah MTUC layak mengundi pada kali ini.
MTUC kini mempunyai hampir setengah juta anggota daripada pelbagai sektor pekerjaan di negara ini.

No comments
Post a Comment