SPR diminta sedia garis panduan larangan kempen
Oleh Azida Shaharuddin, Haspaizi Mohd Zain, Zanariah Abd Mutalib dan Lum Chee Hong
Parti politik tidak pernah melanggar peraturan ditetapkan
KUALA LUMPUR: Parti politik mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi penjelasan sewajarnya serta meletakkan garis panduan khusus berhubung larangan berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebelum tempoh penamaan calon 22 Januari depan.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berkata hingga kini semua parti politik sama ada Barisan Nasional (BN) atau pembangkang tidak pernah melanggar peraturan ditetapkan SPR.
“Semua pihak hingga kini tidak melanggar semua itu, cuma yang peliknya kenapa SPR mengeluarkan arahan seperti itu. SPR semacam menyusahkan parti politik terutamanya pembangkang.
“SPR perlu memberi penjelasan ataupun penerangan serta panggil kami berdialog. Apakah kita mengadakan ceramah salah, kerana ceramah boleh diadakan pada bila-bila masa saja termaktub dalam perlembagaan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah SPR Johor, Othman Noh, yang berkata pihaknya memberi amaran serta akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak berkempen di DUN Tenang sebelum daripada tarikh berkempen dibenarkan.
“Saya ingin tarik perhatian semua pihak, tidak kira pihak mana yang terbabit dalam urusan pilihan raya ini, supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti kempen dalam tempoh sekarang.
“Jika melakukan aktiviti kempen itu, ia satu kesalahan mengikut akta kerana kempen hanya dibenarkan selepas 22 Januari ini," katanya pada sidang akhbar di Pejabat SPR Johor di sini, semalam.
Othman berkata, SPR akan membuka perkhidmatan kios bergerak masing-masing di Gerai MDL (Majlis Daerah Labis), Taman Tenang dan Gerai MDL di Jalan Penghulu Harun di Pekan Air Panas bagi membolehkan pengundi membuat semakan nombor siri serta lokasi mengundi.
Katanya, kios terbabit akan dibuka dari jam 9 pagi hingga 5 petang bermula Sabtu hingga 7 Januari sekali gus membantu peratusan pengundi keluar mengundi mencapai 80 peratus berbanding 73.5 peratus pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) pada 2008.
Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail, berkata SPR bukan hanya harus memberi amaran sedemikian kepada parti politik malah kepada media dan jabatan kerajaan yang didakwa sudah mula berkampung di sana.
“Kempen melalui media sudah pun bermula, justeru, SPR perlu mengingatkan mereka supaya tidak dulu memulakan kempen bagi memastikan perjalanan kempen ini seimbang dan sama rata,” katanya.
Bagi Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, semua pihak termasuk parti politik, jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu mengikut undang-undang yang sudah digariskan SPR.

No comments
Post a Comment