Air Selangor: Mahasiswa turut serta demo aman
Oleh Fazy Sahir
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Malaysia akan menyertai demonstrasi aman anjuran kerajaan negeri Selangor untuk menyerahkan memorandum kepada Yang-Dipertuan Agong membantah kenaikan tarif air oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas).
Menurut Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) Hilman Idham, mereka akan memobilisasi seramai 300 mahasiswa dari beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sekitar Lembah Klang untuk menyertai demonstrasi pada 5 Disember ini.
Hilman berkata, penyertaan mahasiswa ini sebagai jurubicara rakyat yang prihatin serta menolak sekeras-kerasnya usaha komersialisasi Hak Asasi Rakyat.
Maka Hilman berkata selaku wakil mahasiswa beliau menyokong penuh polisi merakyat ekonomi yang tidak membeban dan menyusahkan rakyat.
"Selangor merupakan negeri yang mempunyai banyak institusi pengajian tinggi yang menjadi rumah kedua kepada sebilangan mahasiswa dari seluruh pelusuk negara.
Sebahagian besar mahasiswa tidak mendapat kemudahan kolej kediaman dan sebilangan besar daripada mereka menyewa di kawasan perumahan berhampiran universiti atau kolej masing-masing.
"Maka mahasiswa tidak perlu rungsing dengan beban membayar bil perkhidmatan air. Sebilangan besar mereka boleh menjelaskan bayaran tertunggak menjelang hujung semester tanpa bebanan," katanya.
Kumpulan mahasiswa itu turut disertai Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurutnya, di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hampir 40 peratus tinggal di luar kampus manakala di Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula sebanyak 60 peratus.
Ini katanya, secara langsung mahasiswa turut dibebankan dengan hal itu. Beliau menyeru para mahasiswa di Lembah Klang untuk turut serta dalam demonstrasi aman itu nanti.
Menurut Hilman, pelbagai usaha dilakukan dalam memobilisasikan mahasiswa untuk demonstrasi itu dengan usaha mengumpul tandatangan, malah akan mengadakan piket aman di masjid berhampiran UNISEL dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Jumaat ini.
"Demo aman inisiatif kami sendiri"
Sementara itu, ketika ditanya sama ada pembabitan UNISEL ini atas dokongan daripada kerajaan negeri, wakil universiti itu Mohd Fikri Hamdan berkata, ia adalah inisiatif mahasiswa sendiri.
"Kerajaan tidak sedia maklum mengenai hal ini. Kami cari inisiatif untuk menggerakkannya. Mahasiswa perlu ada pendirian berhubung isu ini memandangkan mereka datang dari seluruh pelusuk negeri dan menikmati kemudahan ini di Selangor," katanya yang juga merupakan Exco Perhubungan Majlis Perwakilan Mahasiswa UNISEL.
Kerajaan memulakan inisiatif dengan menganjurkan kempen ‘Kembalikan Hak Air Selangor’ serta diikuti demonstrasi aman penyerahan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong sebagai platform agar perkara ini diketengahkan kepada Perdana Menteri bagi menghentikan penswastaan air.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini berkata kempen itu telah mencecah 50,000 tandatangan rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Kempen ini merupakan agenda kerajaan negeri yang mahu empat syarikat swasta air dibeli semula dan diletak di bawah satu badan di mana rawatan dan agihan air akan dilakukan oleh pengendali tunggal milik kerajaan negeri.
Melalui penghapusan penswastaan air, kerajaan negeri menjangkakan tarif air mampu dikurangkan sehingga 12 peratus setahun dan mengekalkan dasar pemberian air percuma sehingga 20 meter padu kepada setiap isi rumah.
Kerajaan negeri juga menghantar notis 14 hari pada 23 November lalu kepada Syabas supaya menghentikan Program Tabung Budi kerana melanggar syarat perjanjian konsesi air.
Selain itu, Syabas juga dikehendaki memaklumkan kepada kerajaan negeri langkah pembatalan Tabung Budi. Pembatalan tersebut perlu diiklankan di akhbar-akhbar utama di Malaysia.

No comments
Post a Comment