Anwar : Isu Ketuanan Melayu sengaja diputar belit Umno-BN
KUALA LUMPUR, 1 Dis – Umno-Barisan Nasional (BN) melalui lidah rasminya, Utusan Malaysia cuba memutarbelitkan fakta berhubung isu ketuanan rakyat yang dibangkitkan oleh Presiden Parti KEADILAN Rakyat (KEADILAN ) , Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam persidangan Kongres KEADILAN Nasional, minggu lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan kenyataan tersebut berkata, isu mengenainya bukanlah isu baru tetapi telah diterangkan dalam satu perhimpunan di Kampung Baru, dua tahun lalu.
“Dalam Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang kita perkenalkan, kita menolak Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ia hanya menguntungkan segelintir walaupun permasalahannya adalah terdiri daripada majoriti masyarakat Melayu/Bumiputera dan di kalangan orang Cina dan India miskin yang menjadi teras program kita.
“Jikalau kita lihat maksud ‘tuan’, ia bermakna yang berkuasa atau yang memiliki, jadi bagaimana pula tentang kedudukan orang Iban, Kadazan, Cina dan India.
“Kita menolak ketuanan yang cuba diputarbelitkan Umno-BN dan Utusan sebagai cuba menolak Perlembagaan Negara.
Apa yang jelas ujar beliau, setiap ucapan dan pendirian KEADILAN dan Pakatan Rakyat (Pakatan) mengenai isu bahasa Melayu, Islam sebagai agama persekutuan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Raja-raja Melayu, tidak pernah dibangkitkan malahan dipertahankan.
“Yang ‘tuan’ itu adalah kedudukan raja dan sebab itu disebut Yang Di-pertuan Agong, Yamtuan Negeri Sembilan. Kedudukan itu kita tidak dipertikaikan.
Justeru, beliau berharap agar isu tersebut tidak dipolitikkan serta tidak menipu dalam memutarbelitkan fakta kerana pengaruh kedudukan dan pegaruh Melayu kononnya hendak dipadamkan adalah tidak benar disebabkan Melayu/Bumiputera masih kekal majoriti.

No comments
Post a Comment