Hari-hari muka yang suram buat Chelsea
LONDON: Rekod terburuk dalam beberapa siri perlawanan lalu sejak lebih satu dekad, terus menghantui pengurusnya Carlo Ancelotti hingga membuat beliau tidak dapat tidur lena.
Esok, skuad juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu bertandang ke Stadium White Hart Lane untuk bertemu Tottenham Hotspurs, sebuah pasukan yang semakin garang setelah menjuarai kumpulannya dalam persaingan Liga Juara-Juara Eropah.
Masalah Chelsea menjadi bertambah serius sekiranya keputusan tidak memihak kepadanya memandangkan mereka akan bertemu Manchester United dan Arsenal selepas ini.
Anak buah Ancelotti hanya mengumpul lima mata daripada maksimum 18 sejak enam perlawanan lalu selepas kali terakhir menang 1-0 ke atas Fulham sebulan lalu tetapi gagal mencatat sebarang kemenangan selepas itu.
Musim sukar Blues semakin bertambah kusut lagi apabila mereka mengalami kekalahan kali pertama dalam kempen Liga Juara-Juara kepada juara Perancis, Marseilles, pada pertengahan minggu.
Ia turut mencetuskan spekulasi terhadap jawatan Ancelotti di Stamford Bridge, lebih-lebih lagi apabila penolongnya Ray Wilkins dipecat, sekali gus mematah semangat para pemain pasukan itu.
Hilang keyakinan diri
“Masa sukar yang kami hadapi berterusan dan kami mulai hilang keyakinan terhadap permainan sendiri.
"Tetapi kini kami sudah kembali dan akan meneruskan perjuangan,” kata Ancelotti yang menganggap kekalahan kepada Marseilles sebagai detik terbaik menyedarkan lamunan pemain untuk menghadapi Spurs.
“Saya bimbang kerana kami tidak mencuba sebaik mungkin, tetapi saya mahu lihat pemain bangkit semula. Saya cekal dan fokus kepada tugas, dan saya pasti para pemain juga mempunyai semangat yang sama,” katanya.
Kekalahan di White Hart Lane nanti sudah pasti dianggap sebagai bukti bahawa permainan Chelsea semakin merosot dan kemenangan akan dilihat sebagai mempunyai kesan transformasi.
Memandangkan Arsenal belum lagi bermain menentang Manchester United sehingga awal pagi Selasa, kememangan ditempat lawan ini bakal melonjak Chelsea di persada liga, walaupun buat seketika.
- AFP

No comments
Post a Comment