Ketua Cabang PKR Putatan Sabah keluar parti

Oleh Luke Rintod

KOTA KINABALU: Ketua Cabang PKR Putatan, Awang Ahmad Sah Awang Sahari bertindak keluar parti itu semalam setelah hampir sebulan mengekalkan jawatannya.

Beliau berkata keputusan meletakkan jawatan dari parti berpunca dari rasa tidak puas hati terhadap cara kepimpinan pusat PKR mengendalikan isu-isu berkaitan negeri-negeri Malaysia Timur.

Ahmad Sah, 51, sekutu orang kuat PKR Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan mendakwa dalam sesetengah kes berkaitan Sabah dan Sarawak, PKR lebih teruk dari Umno dalam menutup suara pemimpin Sabah.

"Saya keluar parti bukan kerana saya tidak gembira atau tidak berpuas hati dengan sebilangan pemimpin tetapi untuk masa depan rakyat Sabah.

"Kita tidak mahu parti mengarahkan kita," kata beliau dalam satu sidang akhbar yang diadakan di sebuah kelab di Penampang semalam.

Ahmad Sah merupakan mantan timbalan ketua bahagian Umno Penampang sebelum PKR 10 tahun yang lepas mendakwa bahawa tekanan yang wujud dalam PKR jauh lebih teruk daripada Umno.

"PKR mempunyai agenda yang baik tetapi saya tak rasa yang saya sesuai untuk parti ini. Saya mencari platform yang memperjuangkan keadilan dalam erti kata sebenar. Saya sudah letih menghadapi pertelagahan dalaman parti.

Pertelagahan dalam PKR boleh dielakkan sekiranya pimpinan mendengar suara hati majoriti pemimpin Sabah dan menghormati demokrasi," kata beliau yang menambah bahawa beliau sedang mencari landasan politik yang baru.

Ramai akan keluar parti

Ahmad Sah sangat tidak berpuas hati dengan cara Kuala Lumpur mengarah kepimpinan negeri di bawah bayu itu.

"Saya tidak mahu menjadi sebahagian dari sistem begini," kata beliau dan menambah menyokong bekas naib presiden PKR, Jeffrey dan Barisan Borneo Bersatu (UBF) sebagai sebuah rangkaian politik.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan menulis surat perletakan jawatan, dialamatkan kepada Presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan bukannya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas ketua cabang PKR Beaufort, Lajim Yusof turut mengumumkan peletakan jawatannya. Lajim merupakan salah seorang dari dua naib ketua yang dilantik.

Menurut Ahmad Sah, lebih ramai pemimpin PKR Sabah akan mengumumkan yang mereka keluar parti secara berperingkat sehingga penghujung bulan Januari 2011.

Dua ketua cabang PKR turut menghadiri sidang akhbar tersebut tetapi enggan mengutarakan sebarang pandangan.

Hak dan autonomi

Ahmad Sah terserlah sebagai sebilangan kecil pemimpin Islam tempatan dalam PKR Sabah yang memberi sokongan padu kepada Jeffrey dalam perjuangan untuk mendapatkan hak dan autonomi negeri Sabah.

Allahyarham bapanya, Awang Sahari Abdul Latiff turut dikenali sebagai pemimpin yang memperjuangkan autonomi. Allahyarham merupakan antara 20 pemimpin Sabah yang terlibat dalam rundingan pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

Allahyarham pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama setahun dalam era 60-an kerana disyaki sebagai agen pemimpin pemberontakan Brunei, Azahari.

Sementara itu, Jeffrey yang berada di kelab tersebut tidak menyertai sidang akhbar tersebut tetapi dilihat berbual dengan Ahmad Sah dan beberapa pemimpin PKR lain.

No comments

Powered by Blogger.