Kita ada kerajaan untuk apa?
Salam Ukhuwah dan salam sejahtera,
Sementelah krisis kenaikan harga barang tidak pernah selesai di negara ini, hari ini sekali lagi kerajaan malaysia yang diperintah oleh parti BN dan UMNO sangat berani menambahkan lagi beban rakyat dengan kenaikan harga petrol dan gula..
Didalam istilah mereka-mereka ini ia bukanlah satu kenaikan tetapi ia lebih mirip kepada 'PENYELARASAN' subsidi.. Tapi bagi rakyat satu sahaja mereka tahu iaitu kenaikan harga dan bebanan yang terpaksa ditanggung.. Sekalipun istilah 'fiskal' bermain dibibir pemimpin-pemimpin ini ianya tidak ada makna langsung akan apa yang diperkatakan. Apa yang pasti kenaikan tetap kenaikan ia tidak boleh menenagkan hati rakyat marhein yang kebanyakan hidup seperti menanggung biawak yang hidup...
Menanggung apa?
Menanggung perbelanjaan boros kerajaan untuk perkara-perkara yang tidak ada kepentingan langsung kepada rakyat.. menanggung hutang piutang kerajaan yang tiada kaitan secara langsung pada rakyat.. Rakyat seolah-olah mak dan abah kepada kerajaan memerintah sekarang. Kerajaan tak mencukupi wang minta dengan rakyat secara paksa.. itulah istilah menanggung biawak yang hidup yang BT istilahkan...
Selama ini kita di war-warkan di media-media massa bahawa ekonomi negara makin meningkat.. Ibarat kerajaan yang ada sekarang berjaya menanggani krisis ekonomi global (kononya). Tapi bak kata pepatah 'cakap tak serupa bikin'. andainya benar kerajaan berjaya menanggani krisis ekonomi perlukah kerajaan 'mengerit' duit rakyat marhein lagi dengan kenaikan harga petrol dan barang keperluan?..
hakikatnya kerajaan yang benar-benar bagus akan menjaga hak rakyatnya, memberi kesenangan kepada rakyat yang dibawahnya , memberi subsidi bukanya mengurangkan subsidi.. Itulah kerajaan yang benar-benar mementingkan rakyat tetapi berlainan kita lihat apa yang berlaku di Malaysia yang mencanangkan 1Malaysia sebagai teras perpaduan. dalam masa yang sama rakyat semakin menderita dengan pengurangan subsidi (penyelarasan kononya). Bila rakyat bersuara dihukum dengan pelbagai cara untuk menakut-nakutkan rakyat supaya rakyat membisu.. Apakah ini kerajaan yang kita perlu ada?
Siapa sebenarnya kerajaan?
Apakah kita sedar kita sebagai rakyat kepada sesebuah kepimpinan kita adalah kerajaan yang sebenar. Kita hanya memberi mandat kepada golongan pemerintah untuk memimpin dan mengendalikan negara bukanya kita yang perlu takut kepada pemimpin membabi buta. Kita negara berdemokrasi, kita berhak bersuara demi kepentingan bersama kenapa mereka pula yang bersungguh-sungguh untuk menutup mulut kita? Apakah mereka sedar bahawasanya kita rakyat ini yang berkuasa untuk memilih siapa pucuk pimpinan kita.. apakah mereka sedar undi mereka berada pada tangan kita atau kita yang lupa bahawsanya kita yang berkuasa...
Percayalah negara kita tidak akan mencapai tahap yang diinginkan sekiranya tiada perubahan kepimpinan didalam akademi pemerintahan Malaysia.. Jangan gentar melakukan perubahan kerana berani mencuba itu adalah satu sifat yang murni.
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kita semua selagi kita ingat bahawa Allah itu segalanya dalam menentukan takdir kepada kita dan bukanya kerajaan yang menentukan takdir.. Wallahu a'lam Bissawab.
Jangan sampai suatu hari nanti anak cucu kita salahkan kita kerana sikap kita yang acuh tidak acuh.. Kesedaran bermula dari diri dan ia bukan hal ekslusif siapa-siapa pun...
Yang Benar;
aizam hussin

No comments
Post a Comment