Mari Tengok Ketuanan Melayu Tipu Melayu

Gelombang Kedua Rasionalisasi Subsidi Beri Kesan Minimum

PUTRAJAYA, 3 Dis (Bernama) -- Gelombang kedua rasionalisasi subsidi dijangka memberikan impak yang sangat kecil ke atas inflasi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) Datuk Seri Idris Jala.

"Kesan itu terkawal. Kita rasa yakin inflasi boleh dikawal. Kita tidak mahu melihat situasi yang serupa dengan situasi pada 2008 dan 2009," katanya pada satu taklimat khas mengenai gelombang kedua pengurangan subsidi yang diumumkan di sini.

Kerajaan pada Jumaat mengumumkan pengurangan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula, berkuatkuasa esok, sebagai langkah keduanya dalam program rasionalisasi subsidi beransur-ansur.

Bagaimanapun, kerajaan, dalam mengotakan janjinya mengenai langkah menghentikan subsidi secara beransur-ansur agar tidak membebankan rakyat, terus mengekalkan harga subsidi ke atas perkara seperti petrol, tol, gula, tepung dan minyak masak.

Kerajaan menyuntik kira-kira RM24.5 bilion dalam bentuk subsidi tahun lepas atau tiga peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Subsidi bagi petrol RON 95 dan diesel akan dikurangkan sebanyak lima sen seliter dan LPG sebanyak 5 sen sekilogram, manakala gula 20 sen sekilogram.

Penunjuk bagi inflasi, Indeks Harga Pengguna (IHP) terbaru bagi Januari hingga Oktober meningkat 1.7 peratus kepada 113.8 berbanding 111.9 yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Jala berkata rasionalisasi subsidi kali ini, akan membolehkan Malaysia mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak kira-kira RM1.18 bilion.

Rasionalisasi subsidi pertama telah mengurangkan perbelanjaan kerajaan sebanyak lebih daripada RM750 juta.

Wang yang dapat dijimatkan itu akan disalurkan kepada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, dan menambah baik pengangkutan awam di bandar.

"Kita telah mengurangkan jenayah sejak Januari, sebanyak 16 peratus dan jenayah jalanan sebanyak 38 peratus. Kita menggerakkan 14,222 anggota polis ke kawasan-kawasan jenayah tinggi dan memasang 496 televisyen litar tertutup.

"Tahun ini, kita telah mengadakan 20 set tren Transit Aliran Ringan yang boleh membawa 2.4 juta penumpang.

"Kita akan memulakan operasi terminal bas baharu di Bandar Tasek Selatan, Cheras, Januari tahun depan dengan kos kira-kira RM600 juta," katanya.

Jala berkata perubahan-perubahan kecil ini akan membantu Malaysia mencapai kedudukan tanggungjawab fiskal dan "dan menghalakan kita ke arah mengurangkan defisit kita".

Ditanya berapa banyak defisit boleh dikurangkan, Jala berkata: "Kita ikut Rancangan Malaysia Kesepuluh.

"Semua yang perlu kita buat adalah dalam konteks itu. Bila kita bercakap tentang tahap defisit, ia bergantung kepada pendapatan yang kita peroleh dan kos yang boleh dikurangkan.

Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal negara daripada 5.3 peratus KDNK tahun ini kepada kurang daripada tiga peratus pada 2015.

-- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.