Negara Islam: Rasionaliti politik dan pentadbiran berteraskan agama

Kenyataan yang jelas, Islam adalah mempunyai ketuanan yang tinggi menurut Perlembagaan Persekutuan. Sekaligus ia positif kepada menjadikan Perlembagaan sebagai rujukan penting ke arah merealisasikan pendekatan beragama di dalam urusan politik pemerintahan dan pentadbiran negeri dan Negara. Perkara 3 menyebutkan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Sultan/Yang Dipertuan Agong adalah ketua agama Islam. Justeru memperkukuhkan amalan Perkara 3 ini tidak bemaksud memperbaharui sistem demokrasi dan raja berperlembagaan, hatta jauh sama sekali daripada mewujudkan sistem negara berteras teokrasi mahu pun teodemokrasi.

Ini kerana kerajaan teodemokrasi tidak sesuai dengan maksud Perlembagaan. Teodemokrasi sebagai satu sistem politik yang menggabungkan prinsip teokrasi dan demokrasi. Jika demokrasi difahami sebagai kerajaan hasil mandat rakyat, sementara teokrasi adalah kerajaan mengikut persetujuan Tuhan. Konsep teodemokrasi ini dicipta oleh Joseph Smith Jr seorang bangsa Amerika yang mengaku bertemu Tuhan bersama Nabi Isa tahun 1820. Namun mengikut sistem politik teokrasi seorang Ketua Negara itu hendaklah mendapat pengiktirafan Tuhan. Nilai-nilai ini tidak bertepatan dengan kehendak Perlembagaan.

Maka, perjuangan Islam PAS bukanlah sama dengan teori Joseph Smith Jr. ini, kerana Islam sudah dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran yang perlu dilaksana mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan. Tinggal lagi, sejauh mana ahli politik mempunyai political will ke arah menterjemahkan Islam sebagai cara hidup bernegara. Apa pun, Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah menerangkan kandungan “cara hidup” itu hendaklah merangkumi keseluruhan aspek hidup dari dunia sampai ke akhirat dan hendaklah berpandukan nilai-nilai dosa dan pahala. Sudah tentu ia memerlukan pemakaian sistem Islam yang menyeluruh.

Ketuanan Islam mengikut Perlembagaan

Justeru itu, kedudukan Islam yang mempunyai nilai ketuanan dan bertaraf inklusif dalam sistem pemerintahan menurut Perlembagaan wajar dijelma dan diamalkan lagi dalam konteks perundangan syariah, urusan pemerintahan dan pentadbiran. Di samping itu, peranan Sultan dan Yang Dipertuan Agong selaku ketua hal ehwal agama Islam menurut Perkara 3(2) yang pastinya mempunyai hak mutlak dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri. Kuasa mutlak itu bukan sekadar harus diterjemahkan dalam urusan politik dan pentadbiran untuk kepentingan umat Islam, malah perlu diterjemahkan sama dalam soal ritualway of life (ad-din). beragama yang perlu dilihat secara meluas dalam konteks urusan pentadbiran dan kemasyarakatan serta perundangan dalam Kerajaan Negeri dan Pusat. Matlamatnya adalah untuk mengukuhkan akidah Islam sebagai

Demikian pula, kedudukan umat Islam dan taraf orang Melayu selaku pemacu kepada pemerkasaan amalan sistem dalam segenap kehidupan turut tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perkara 153 yang memberi hak kepada Yang Dipertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera Malaysia. Artikel ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial. Justeru Perkara 153 hendaklah dibaca dan difahami bersama dengan maksud di bawah Perkara 160 (2) yang mentafsirkan orang Melayu mempunyai hak khusus dengan identitinya beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu. Justeru menjadi hak orang Melayu melaksanakan semua tuntutan agama Islam, bahasa dan adat budaya dalam konteks politik dan pentadbiran negara. Apa yang pentig difahami ialah Perkara 160 (2) adalah pengiktirafan berkaitan dengan pemberian hak-hak istimewa Melayu dan Islam yang perlu dilihat dan difahami daripada perspektif sejarah. Demikian lagi, kesemuan isu-isu di sebalik Perkara 3, Perkara 153 dan Perkara 160 (2) seharusnya dipersetujui untuk dibaca dan difahami bersama pentafsiran kepada butiran-butiran di bawah Perkara 3 berkaitan kuasa Sultan/Yang Dipertuan Agung di negeri-negeri di dalam Persekutuan, maka logiknya pemakaian sistem Islam perlu direalisasikan dalam amalan politik pemerintahan dan pentadbiran negeri dan negara bagi membolehkan prinsip islam diterima pakai secara menyeluruh. Sekaligus untuk menafikan wajah Malaysia/negeri-negerinya adalah sekular.

Secara langsung, pemahaman yang harus dibina dalam pemikiran dan keyakinan setiap warga negara hari ini ialah menjadi tanggungjawab penguasa yang berkuasa membuktikan sistem hidup rakyat Malaysia berpandukan sistem Islam bukannya sistem yang bersifat sekular. Ini disebabklan hubungan Islam dalam konteks ajaran Islam bukannya dikhususkan kepada amal ibadat fardu ain, fardu kifayah, malah terangkum sama ialah bagaimana berlakunya amal maaruf dan nahi mungkar dalam kehidupan masa kini sebagai landasan menuju akhirat. Justeru itu, sekali umat Islam mendapat mandat dan berkuasa, maka persoalan peraturan hidup yang mampu mengawal seluruh sistem ekonomi, sosial, pendidikan , perundangan dan diplomatik harus dilaksanakan berteraskan Islam. Cuma harus dilaksanakan bersama-sama ialah nilai-nilai dan kerangka politk dan pentadbiran yang adil bukan sahaja kepada umat Islam malah terhadap umat selain Islam. Justeru itu, amat penting mandat dan kuasa itu dilaksanakan mengikut peruntukan-peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang turut memberi hak-hak dan kebebasan kepada semua warganegara tanpa mengiran kaum dan agama, seperti maksud Perkara 3 (hak agama Islam dan agama lain), Perkara 5 (kebebasan diri), Perkara 10 (Perkara 11 (kebebasan beragama) dan beberapa perkara lagi.

Karpal Singh setuju untuk bincang

Di dalam memahami hubungan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Karpal Singh, pernah di dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-1 pada 19 Disember 2009, Tuan Guru menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan. Langsung Tuan Guru menerjah Karpal dengan penjelasan isu-isu Islam yang diperjuangkan PAS. Sebelum itu, Karpal yang duduk di tengah-tengah antara dua Tuan Guru – Tuan Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Abdul Hadi – sebelum berucap telah menjadi perhatian perwakilan konvensyen dan semasa berucap, Karpal secara berseloroh dengan nada bangga kerana nduduk di antara dua “Tok Guru.”

Apa puin selepas itu (28 Jun 2010), Karpal Singh dalam temu bual bersama The Malaysian Insider telah mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan PAS sekiranya pembangkang mengambil alih negara. Ia suatu pendirian lama Pengerusi DAP itu tetap menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam diperjuangkan PAS .

Ketika itu Tuan Guru Nik Aziz (Utusan Malaysia, 1 Julai 2010) berkata, beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh PAS, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya dari luar. Ini bermakna Tuan Guru sendiri masih yakin persoalan Negara Islam atau perjuangan Islam masih di dalam perhatian pihak DAP atau kalangan pemimpin mereka masih berbincang rasionalitinya perjuangan Islam dan sejauh mana relevannya perjuangan Islam dalam konteks Malaysia. Ini kerana, pada pilihan traya umum 1999, DAP pernah dalam Barisan Alternatif bersama PAS dan ketika itu, nilai kompromi DAP turut menerima prinsip perjuangan Islam PAS. Tetap tidak panjang, tatakala media memomokkan Islam dengan pelampau dan keganasan, maka DAP undur dari Barisan Alternatif.

Maka pada Konvensyen Pakataran Rakyat ke-2, keyakinan Tuan Guru telah berlaku meskipun tanpa kehadiran Tuan Guru disebabkan keuzuran. Karpal Singh sudah bersikap baru terhadap Islam yang diperjuangkan PAS selama ini.

Sebagaimana pengakuan Karpal Sngh yang pernah mengungkap kata-kata “langkah mayat saya dulu” pada 1990 adalah merujuk kepada rasa tidak setuju beliau terhadap PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan yang sedia melaksana sistem politik dan pentadbiran Islam. Apa pun Karpal mengaku, kata-kata itu adalah difahami ‘di luar konteks.’ Maksudnya pihak Karpal sudah mengambil masa selama 20 tahun untuk masuk ‘ke dalam konteks.’ Mungkin ketaksuban terhadap sekularisme, lalu Karpal melihat Islam sebagai agama rasmi (sebenarnya agama bagi Persekutuan) yang tetap membenarkan rakyat dari agama lain secara bebas mengamalkan kepercayaan agama masing-masing.

Justeru Karpal sudah mengaku bahawa Perlembagaan Persekutuan telah membolehkan urusan Negara Islam diterima-pakai. Sehubungan itu, Karpal telah menawar suatu perbincangan isu Negara Islam disegera. Ini kerana pihak Barisan Nasional sentiasa mentohmahkan isu Negara Islam sebagai modal untuk melaga-lagakan antara PAS dengan DAP.

MCA pun tentang Negara Islam

Ketika Dr. Mahathir mengisytihar Malaysia sebuah negara Islam, MCA ketika itu senyap bersahaja. Tiada apa-apa bangkangan dan reaksi negatif. Ia mungkin disebabkan pemimpin MCA yakin dengan apa yang dimaksudkan oleh Dr. Mahathir sebagai kerajaan Islam yang berbeza dengan apa yang digambarkan oleh media tentang matlamat Negara Islam diperjuangkan oleh PAS. Bagi MCA, Negara Islam versi Umno hanyalah meneruskan kedudukan yang sedia ada, tanpa undang-undang berpandukan al-Quran. Ia kekal dengan mengamalkan perundangan Barat yang sudah menjadi makan-minum dan kain-pakai serta bangun-tidur mereka.

Namun pada (14 Ogos 2007), MCA menerusi laman webnya pernah mengeluarkan kenyataan MCA harus membela, melindungi dan menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dalam mengekalkan Malaysia sebagai Negara Sekular. Di sini membuktikan pengiktirafan MCA kepada apa yang diisytiharkan oleh Dr. Mahathri telah ditarik balik semasa tatkala Abdullah Ahmad Badawi mengemukakan Islam Hadhari yang membatalkan Islamisasi dan Malaysia Negara Islam versi Umno. Ini bermakna, Umno yang berlagak juara orang Melayu sudah mempunyai rakan yang tidak menyokong Malaysia mejadi sebuah negara yang berteraskan politik Islam. Justeru itu realiti sekarang, prinsip Ketuanan Melayu Umno adalah mendukung Negara Sekular demi menjaga hati rakan-rakan dalam Barisan Nasional. Oleh itu, Umno dilihat gagal memberi kefahaman sebenar tentang konsep Negara Islam kepada rakannya.

Temubual e-mail

Wartawan The Malaysian Insider telah menemuramah menerusi e-mail Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz (21 Disember) antara soalan panas yang dikemukakan adalah mengenai kesediaan Karpal Singh (Pengerusi DAP Kebangsaan) untuk membincangkan isu negara Islam yang selama ini menjadi pendebatan antara PAS dan DAP, pandangan mengenai perubahan yang diambil Karpal yang sebelum ini menentang keras cadangan negara Islam, kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan Karpal bagi membincangkan dan menjelaskan isu negara Islam ini secara terperinci, keyakinan atas isu Negara Islam akan diterima oleh rakyat khususnya bukan Islam dan bagaimana isu Negara Islam sebelum ini tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat dan juga tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Hasil respons Tuan Guru atas persoalan tersebut, The Malaysian Insider melaporkan (21 Dis 2010) dengan tajuk “Negara Islam: Kesediaan Karpal cabaran buat Umno-BN, kata Nik Aziz” adalah mencetuskan suatu persepsi positif kepada masa depan isu Negara Islam untuk difahami dan diterima rakyat. Malah perubahan yang diambil Karpal itu, bagi Tuan Guru adalah membuktikan kerjasama Pakatan Rakyat yang turut dianggotai KeADILan amat sesuai dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Sehubungan itu, Tuan Guru telah mengutuskan rakaman tahniah dan terima kasih khusus kepada Karpal Singh berikutan ucapannya di majlis Konvensyen ke-2 Pakatan Rakyat (19 Disember 2010) di Kepala Batas.

Selanjutnya, The Malaysian Insider melaporkan kesan kenyataan Karpal itu bagi Tuan Guru, dari segi politiknya ia sudah mematikan serangan Umno terhadap PAS. Mungkin MCA pula boleh mempersoalkan, sejauh mana pendirian Umno dalam isu pemerintahan Islam. Bagi PAS memang sentiasa bersedia untuk berbincang mengenai isu negara Islam dan ia terbuka kepada sesiapa sahaja. Maka PAS ataupun Sakretariat Pakatan Rakyat boleh menguruskan sesi perbincangan yang diharapkan oleh Karpal. Kalau boleh perbincangan itu nanti boleh dilibatkan sama ahli akademik atau pakar-pakar perundangan bagi memahami secara spesifik isu-isu berkaitan pemerintahan dan keadilan Islam.

Seterusnya, Tuan Guru menjelaskan, walaupun dalam Perlembagaan tidak disebut secara spesifik “Negara Islam” sebenarnya Perkara 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab. Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam. Pakailah tafsir Perlembagaan yang positif, tidak pesimis tentang Islam. Kerana ‘agama persekutuan’ dalam maksud agama bagi negara, bukan sekadar rasmi malah agama perundangan. Maka sewajarnya dalam Perlembagaan itu dijelaskan maksud agama ialah ‘ad-din’ iaitu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bukan kepercayaan semata-mata. Bila dimaksudkan sebagai ad-din, ia sudah meletakkan Islam sebagai akidah yang mantap tidak boleh dicampur aduk dengan nilai-nilai yang bukan Islam.

Menuju realiti

Pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz adalah seiringan dengan Tuan Guru Abdul Hadi (The Malaysian Insider, 20 Disember), malah semua kepimpinan Pakatan Rakyat harus membawa isu pemerintahan negara berteraskan agama seperti maksud Perlembagaan ke persada politik nasional. Ia selari dengan kedudukan Islam sebagai centre stage kepada wajah politik Malaysia sejak awal merdeka lagi. Kini wajah politik ini sedang diusahakan oleh PAS. Cuma rakan-rakan Pakatan Rakyat masih berada pada takat ujian, apakah pemahaman sebenar tentang kedudukan Islam dapat diterima pakai ke arah merealisasikan suatu sistem politik dan pentadbiran negara yang Islamik. Rumusannya, ruang perbincangan sudah terbuka dan usaha selanjutnya harus disegerakan demi kebaikan negara dan umat Islam.

http://greencresent-wanibrah.blogspot.com/2010/12/negara-islam-rasionaliti-politik-dan.html

No comments

Powered by Blogger.