Pakatan dinasihat usah risau negara Islam, fokus Dasar Bersama
KUALA LUMPUR, 20 Dis — Walaupun Karpal Singh sudah menunjukkan ‘lampu hijau’ untuk membincangkan isu negara Islam, namun penganalisis politik Prof A. Aziz Bari berpendapat, isu yang dilihat “duri dalam daging” dalam hubungan DAP-PAS, tidak memerlukan perbincangan.
Ini kerana menurut Aziz, isu negara Islam tidak termasuk dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat selain tidak disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau juga mencadangkan adalah lebih baik Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP memberi tumpuan ke atas perkara-perkara lain daripada bercakap soal negara Islam.
Malah perkara itu juga tidak disenaraikan dalam Buku Jingga dikeluarkan semalam, yang merupakan agenda Pakatan Rakyat susulan kepada Dasar Bersama diterima pakai Disember 2009.
Karpal, Pengerusi DAP Kebangsaan, melahirkan pendiriannya pada akhir Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Kepala Batas semalam — ketika wujud spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 kemungkinan diadakan awal tahun depan.
“Tidak perlu untuk bincangkan lagi isu negara Islam seperti yang dibangkitkan Karpal ketika Konvensyen Pakatan Rakyat semalam.
“Lagipun ia (negara Islam) tidak tidak termasuk dalam Dasar Bersama (Pakatan Rakyat), lebih baik bagi Pakatan (Rakyat) untuk memperincikan lagi program-program ekonomi termasuk langkah-langkah untuk pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeridan sebagainya,” katanya.
Aziz berkata, apa yang penting setiap rakyat harus mematuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan memandangkan ia menjaga kepentingan setiap rakyat.
“Bagaimanapun Pakatan Rakyat telah berjanji untuk mendukung Artikel 3 yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negara serta peruntukan-peruntukan lain yang melindungi kedudukan dan hak orang Melayu dalam artikel 153.
“Pakatan sepatutnya menumpukan pada isu-isu yang terdapat dalam Perlembagaan, negara Islam tidak disebut dalam Perlembagaan,” kata pakar aspek perlembahaan ini.
Menurut Aziz, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, tidak perlu bimbang mengenai isu negara Islam kerana Umno-Barisan Nasional (BN) tidak akan menjadikannya sebagai “alat” menyerang Pakatan Rakyat.
“Saya tidak fikir Umno-BN akan menjadikan isu negara Islam sebagai modal seperti mana yang ditakuti Karpal.
“Satu perkara (yang jelas), Umno kini tidak konsisten. Walaupun (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) menentang hukum hudud di Kelantan tetapi kemudian mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 2001.
“(Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dan (Datuk Seri) Najib (Razak) turut mengulanginya pada 2007. Yang menariknya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tan Sri) Benard Dompok dan MCA turut menentangnya,” kata beliau.
Justeru tambah Aziz, Karpal perlu berfikir akan perkara ini kerana tiada keadaan Umno-BN boleh menggunakan isu ini.
“Jadi tumpukan sahaja pada perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat,” katanya.
Tambah beliau, pemimpin-pemimpin PAS juga perlu peka dan mula memberikan perhatian mengenai kandungan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Tetapi pada masa yang sama pemimpin-pemimpin PAS, terutama yang lebih veteran, sepatutnya mula belajar dan memberi perhatian tentang apa yang ada dalam Perlembagaan.
“Mereka tidak seharusnya mengutuk sesuatu yang mereka tidak kaji (dengan mendalam). Pemimpin-pemimpin ini harus sedar bahawa mereka perlu bekerja dalam rangka kerja sedia ada dan ini termasuk Perlembagaan,” katanya.
Semalam ketika menggulung perbahasan Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua di Pulau Pinang, Karpal mahu isu negara Islam yang dibawa oleh PAS selama ini dan dilihat menjadi ‘halangan’ kepada Pakatan Rakyat terus bergerak ke depan, diselesaikan dengan segera agar tidak digunakan sebagai senjata oleh musuh-musuh politik mereka.
Sehubungan itu, Karpal berkata, beliau yakin perkara tersebut boleh dibincangkan dan dicari jalan penyelesaian.
“Saya mahu perkara ini diselesaikan dengan segera supaya tidak dijadikan isu oleh musuh kita,” katanya.
Dalam ucapannya Karpal juga menjelaskan bahawa kata-kata ‘over my dead body’ yang dilafazkan pada 1990, tahun PAS mengambil alih kerajaan negeri Kelantan, telah difahami di luar konteks.
“Apa yang sayakan 20 tahun lalu dibaca di luar konteks. Islam adalah agama rasmi (Persekutuan) dan rakyat agama lain juga ada hak.
“Oleh itu tidak baik untuk mengatakan Perlembagaan Persekutuan membolehkan mengadakan negara Islam, tetapi yang ini boleh dibincangkan, saya tidak mahu BN mengesksploitasikan isu ini... ini boleh dibincang dengan (Mursyidul Am PAS) Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz (Nik Mat), (Presiden PAS) Tok Guru Datuk Seri Abdu Hadi (Awang),” kata beliau.
“Ini adalah satu isu yang harus dibincang dengan segera, kena dipercepatkan,” kata Karpal lagi.
Ketika konvensyen sulung tahun lalu Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Karpal akan terbuka hati untuk menerima idea negara Islam.
Kedua-dua Karpal dan Nik Aziz muncul di pentas yang sama dan duduk bersebelahan pada konvensyen Disember 2009.
Karpal berkali-kli menegaskan meskipun DAP semakin selesa membina ikatan kukuh bersama PAS dalam Pakatan Rakyat manakala parti-parti sekular Umno dan PKR pula giat memikat para ulama, ia masih berpendirian menentang usaha pembentukan sebuah negara Islam. Dalam pada itu, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengalu-alukan perkembangan tersebut dengan melihat sebagai langkah terbaik untuk menyelesaikan isu negara Islam.
“Saya lihat Karpal dapat memahami isu ini dengan mendalam, beliau seorang yang banyak membaca dan mengikuti perkembangan dari pelbagai sudut. Oleh itu beliau dapat melihat keperluan semasa,” kata Mohd Asri menjelaskan perkembangan terbaru itu.
Mohd Asri yang semalam menghadiri konvensyen kedua Pakatan Rakyat itu menambah, sebenarnya banyak pihak salah faham dengan ungkapan “negara Islam”, yang hanya wujud selepas era penjajahan.
“Selepas era penjajahan wujud ungkapan yang mengkategorikan satu-satu negara sebagai negara Islam dan negara sekular,” katanya lagi.
Oleh itu kata beliau, negara Islam sebenarnya merujuk kepada pentadbiran dan pemerintahan yang adil dengan menjaga kepentingan kesemua kaum.
“Aspek ini perlu diperjelaskan kepada orang ramai, apa yang dimaksudkan dengan negara Islam supaya orang tidak takut dengan konsep negara Islam,” katanya lagi.

No comments
Post a Comment