Pengimport rokok saman pegawai Kastam RM15 juta
KUALA LUMPUR, 6 Dis – Seorang pengarah syarikat mengimport rokok kretek memfailkan saman berjumlah RM15 juta terhadap pegawai kastam dan empat yang lain kerana menyita 23,347 karton rokok kretek miliknya di Pelabuhan Klang dan Padang Besar, Perlis.
Roslan Abu Bakar, 46, memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 November lalu dan akan menyerahkan pernyataan tuntutan kepada defendan hari ini. Media turut memperoleh dokumen tersebut di sini hari ini.
Saman itu difailkan melalui Tetuan J.R. Ravendran & Assoc. Roslan merupakan plaintif pertama dan syarikat Ramunus Sdn Bhd yang mempunyai lesen menjalankan perniagaan mengimport rokok kretek dari Indonesia adalah plaintif kedua.
Kedua-duanya menamakan Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh, keduanya pegawai kanan Kastam di bahagian penguatkuasaan di Dengkil, Selangor, sebagai defendan pertama dan kedua manakala Mohamad Sapian Sanusi yang merupakan
Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 di tempat yang sama sebagai defendan ketiga.
Ketua Pengarah Kastam dan Kerajaan Malaysia pula dinamakan sebagai defendan keempat dan kelima.
Dalam saman tersebut Roslan menuntut suatu deklarasi bahawa penyitaan rokok kretek miliknya di gudang konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang, di gudang perniagaannya di Subang Jaya dan di gudang NCER, Padang Besar, Perlis adalah ultra vires dengan Akta Kastam 1967.
Roslan juga mendakwa berikutan penyitaan tersebut kontrak syarikatnya dengan Kongkang Enterprise di Thailand dibatalkan pada 15 Okt lalu hingga mengakibatkan kerugian berjumlah RM14,470,400.
-Bernama-

No comments
Post a Comment