Pertikai kerakyatan, satu fitnah terhadap Guan Eng
Oleh Fazy Sahir
PETALING JAYA: Tindakan akhbar Utusan Malaysia dan pemimpin Umno yang mendakwa kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempersoal dan mempertikai kerakyatan mana-mana warga negara Malaysia disifatkan sebagai jahat dan berunsur fitnah.
Menurut Setiausaha Akhbarnya, Cheong Yin Fan, pihak terbabit didakwa memutar belit dan menggembar gembur perkara itu, malah tidak pernah timbul isu pertikaian tentang kerakyatan.
Untuk membuktikan kebenaran, Cheong melalui kenyataan media hari ini mengemukakan salinan ucapan Guan Eng ketika Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas kelmarin.
"Jelas, Utusan Malaysia dan pemimpin Umno Pulau Pinang seperti Dr Novandri Hasan Bari sekali lagi bertindak jahat menabur fitnah dengan menggembar-gemburkan kononnya Ketua Menteri mahu kerakyatan warga Malaysia dipersoalkan.
"Seperti yang dinyatakan oleh Ketua Menteri, rakyat Malaysia (the real Malaysians) yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik.
Masyarakat yang aman
Kata Cheong, "rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masyarakat yang aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.
"Mereka yang bukan rakyat Malaysia sebenar adalah yang hanya tahu meniup perasaan saling benci membenci dengan menggunakan fahaman yang ekstrem, baik dari aspek kaum, jantina mahupun agama," tambahnya.
Katanya, "ini termasuk mereka yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya serta kaki fitnah dan tohmah."
"Mereka semua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini adalah "Malaysia Celup" or "pseudo-Malaysians"," katanya lagi.
Cheong turut menyarankan pihak-pihak terbabit membaca teks ucapan Setiausaha Agung DAP itu yang bertajuk ""Kerajaan Berjiwa Rakyat Untuk Rakyat Malaysia Sebenar".
Antara intipati ucapan Guan Eng ialah seperti berikut:
"Program 100 Hari bukanlah untuk semua orang. Bukan untuk orang yang menentang konsep kerajaan berjiwa rakyat, melawan martabatkan rakyat dan memusuhi Ketuanan Rakyat. Program 100 Hari ini adalah untuk rakyat Malaysia sebenar, tulin dan watan – "the real Malaysians."
"Siapa rakyat Malaysia sebenar ini yang sering dilupakan oleh media massa dan kerajaan Barisan Nasional (BN)? Sebelum mengenalpasti mereka, kita harus dulu menyatakan siapa yang bukan Malaysia sebenarnya. "Who are not the real Malaysians?"
"Saya ingin mula dengan mereka yang hanya tahu benci-membenci dengan menggunakan fahaman eskstrimis baik aspek kaum, jantina mahupun agama.
"Golongan yang hanya tahu mendisrkiminasi, menganiayai dan merendahkan orang lain malah meraikan peristiwa berdarah 13 Mei bukanlah rakyat Malaysia sebenar.
Peralat isu 3R
"Kebanyakan mereka adalah pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN, yang hanya peralatkan isu 3R (race, religion, raja).
"Satu lagi gologan ialah yang bukan “real Malaysians” adalah yang tamak haloba di mana demi godaan wang rasuah atau yang lain rela menjualkan segala-galanya.
"Tambah pula kaki fitnah dan tohmah, golongan mata duitan, materialisme dan penipu ini bukan juga rakyat Malaysia sebenar.
"Kita tidak boleh pertimbangkan suatu lagi golongan yang hanya mahu syiok sendiri atau suka tunjuk pandai. Kalau tak diberikan tempat atau ikut nafsu jahat mereka, maka mereka akan lompat atau belah sahaja.
"Yang kesemua ini bukan rakyat Malaysia sebenar, mereka ini "Malaysia Celup" or "pseudo-Malaysians."
Masa depan untuk anak-anak yang lebih baik
"Rakyat Malaysia yang sebenarnya adalah rakyat biasa yang pentingkan hak ekonomi dan masa depan agar kehidupan mereka bukan sahaja lebih senang tetapi masa depan untuk anak-anak adalah lebih cerah dan baik. Inilah rakyat Malaysia sebenar yang kita di PR harus tumpukan.
"Saya percaya rakyat Malaysia sebenar mahukan sebuah masyarakat aman, tenteram dan penyayang serta menyokong prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan dan ketakwaan kepada Tuhan.
PR harus fokuskan perhatian dan usaha gigih kita ke atas golongan pertengahan ini yang merupakan majoriti terbesar dan sering dilupai oleh media massa dan BN.
"Rakyat Malaysia sebenar mahukan keadilan dan kedaulatan undang-undang agar kita dilayani secara samarata. Yang mereka akan lebih sanjung bukanlah pemimpin individu yang berwibawa tetapi sistem yang berkesan.
Sistem yang membolehkan sesiapa yang ingin jalankan urusan kerajaan boleh lakukannya tanpa menerusi pihak ketiga atau kenal orang tengah, hanya kenal undang-undang dah cukup – itulah sistem kedaulatan undang-undang yang rakyat Malaysia sebenar mahukan.
Fitnah lebih dahsyat dari bunuh
"Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebenaran supaya masyarakat dan anak-anak kita tidak akan hancur. Dalam ugama Islam pun dinyatakan fitnah adalah lebih dahsyat daripada bunuh, takkan lagi nak percaya Satu Malaysia yang bertopengkan One Israel dan Tipu Malaysia.
"Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebebasan, kebebasan daripada penyalahgunaan kuasa yang rakus, amalan rasuah dan ancaman atau kebebasan daripada ketakutan (freedom from fear). Hanya dengan kebebasan hak asasi manusia baru kita boleh mendapat peluang samarata untuk merealisasikan potensi modal insan.
"Rakyat Malaysia sebenar mahukan kebajikan sebenar agar golongan daif, asnaf, miskin, kurang upaya dan lemah dapat terus dibela.
Kemiskinan akan dilawan berhabis-habisan supaya semua dapat kecapi hasil kejayaan ekonomi.
"Rakyat Malaysia juga hendak bertakwa kepada Tuhan agar kita menjadi insan baik yang takut kepada Tuhan dan bukan taksub kepada pemimpin dan isteri mereka."
Ketua Menteri saman Utusan
Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Cheng berkata Lim menyaman akhbar Utusan Malaysia kerana didakwa mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan berita yang dikeluarkan.
Cheong mendakwa akhbar milik Umno itu banyak memfitnah Guan Eng, seperti dalam isu perarakan Maulud Nabi, perobohan kampung Melayu dan pasar Ramadan Komtar.
"Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak menjawab kepada ketua menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali memfailkan saman malu di mahkamah demi kebenaran dan keadilan," kata Cheong. Menurutnya, saman itu diuruskan oleh firma guaman Karpal Singh & Co.

No comments
Post a Comment