Pilihanraya Raya Ke 13 Tahun Depan

Oleh Mohd Sayuti Omar

TIDAK ada alasan paling afdal kenapa Umno menangguhkan selama 18 bulan pemilhan pemimpin di semua peringkat dalam parti berkenaan melainkan untuk mempersiapkan diri bagi pilihan raya umum ke - 13. Walaupun Najib Razak menafikan ia tidak ada kena mengena dengan pemanggilan pilihan raya umum, tetapi umum akan melihat dan terfikir ke arah itu.

Kenapa pemilihan dalam Umno perlu ditangguhkan kalau bukan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya. Apa lagi Najib memberi alasan penangguhan itu bagi mengelakkan herlakunya pergelutan dalam Umno. Kenapa harus takut kepada pergelutan? Bukankan itu bermakna Umno mahukan tempoh tenang bagi mengatur strategi menghadapi pilihan raya?

Ertinya demam pilihan raya umum kini sudah bermula. Batuk-batuk atau selesema yang menjadi siptom sudah pun ada. Maka awas.

Yang pastinya kalau diadakan pemilihan pemimpin keadaan Umno tidak akan tenteram. Kalau pun kemelutnya tidak sama dengan kemelut dalam PKR semasa proses pemilihan baru-baru ini, ianya akan hampir-hampir sama. PKR adalah terlahir dari tulang rusuk Umno. Kalau PKR digambarkan kelam kabut, (gila babi) sampai bertumbuk pecah bibir mulut, apa lagi Umno. Umno adalah induknya tentunya gen jahatnya tebal berbanding dengan PKR.

Sudah termaktub dalam sejarah pemilihan Umno dipoloti - dicemari, dengan rasuah. Malahan ada pemimpin yang dibatalkan pertandingan kerana didapati rasuah. Atau pun dinafikan bertanding. Rasuah adalah termasuk sebahagian rukun dalam pemilihan Umno. Yang melakukan rasuah dalam Umno bukan peringat budak-budak saja, tetapi ia terbawa ke peringat orang tua. Pemilihan pemimpin dalam Umno semacam tidak sah kalau tidak main duit - rasuah. Rasuah adalah nadi kepada Umno.

Mungkin kerana menyedari keadaan itu, maka Najib perlu menangguhkan pemilihan dalam Umno. Beliau tidak mahu Umno dalam keadaan berceperaian. Najib tidak mahu pemilihan dalam Umno mewujudkan suasana tidak kondusif buat Umno.

Kenapa Umno memangguh proses itu? Kalau tidak ada mengadakan, tidak mungkin Umno menangguhkan proses berkenaan. Penangguhan itu bagi mengelakkan Umno berserabut. Itu saja. Penangguhan pemilihan pemimpin Umno itu adalah signal jelas mengenai pilihan raya. Jadi pihak Pakatan Rakyat jangan mudah terpesona dan percaya dengan apa dikatakan Najib itu. Adalah silap besar kalau Pakatan Rakyat masih meriba tangan tanpa berbuat sesuatu bagi menghadapi pilihan raya.

Untuk tujuan ini mungkin Pakatan Rakyat sudah boleh kenal pastikan siapakah calon-calon yang akan mereka turunkan. Imbasan untuk mengenali pasti wibawa calon dan kelemahan calon juga sudah boleh dilakukan. Jangan tunggu sampai saat akhir nanti terpilih lembu dan beruk ataupun katak pula.

Sebenarnya masa untuk Najib dan Umno masih panjang. Masih ada dua tahun lagi. Penggal ke 12 parlimen akan tamat pada Mac 2013. Bagaimana pun dipercayai beliau tidak akan mengguna sepenuhnya tempoh itu. Najib perlu mengadakan pilihan raya bagi memastikan sejauh mana sokongan ke atasnya. Najib faham yang kuasa yang ada pada Umno dan BN kini, adalah kuasa yang dimandatkan rakyat kepada Abdullah.

Najib belum teruji dalam serba serbi. Pilihan raya ke -13 ini adalah ujian penting buatnya. Beliau harus meman ggil pilihan raya bagi menguji kedudukannya. Dakwaan negara ada perubahan, enonomi berkembang dan rakyat menyokong slogan 1 Malaysia perlu diuji segera. Najib tahu kalau setakat retorik saja ia tidak akan ke mana. Seronok juga untuk melihat pilihan raya itu nanti sejauh mana Najib berjaya menjadi nokhoda.

Makanya disebabkan Najib merasakan masa kini adalah peluang agak baik untuk BN dan beliau, maka beliau perlu memanggil pilihan raya. Saya setuju dengan ramalan Anwar Ibrahim yang pilihan raya akan diadakan dalam masa terdekat. Kata Anwar ialah pada Mac 2011. Tetapi saya tidak kira ianya akan diadakan pada Mac. Dalam tempoh kira-kira empat bulan ini BN belum sedia. Kalau BN buat dalam jangka masa ini rasanya BN bukan saja kehilangan kuasa 2/3 di Parlimen tetapi turut kehilangan kerajaan.

Tetapi kalau Mac ini Sarawak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun)nya mungkin ada kulihnya. Mungkin juga Najib akan menjadikan pilihan raya Dun Sarawak sebagai kayu pengukurnya. Kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan petunjuk yang konkrit. Ada banyak sebab mengapa BN menang di dua kerusi itu yang jelasnya ia bukan kerana kekuatan BN atau transformasi dilakukan Umno sudah menjadi kenyataan.

Sebaliknya kalau BN menang besar dalam pilihan raya Sarawak ia boleh jadi pilihan raya akan dipercepatkan. Najib mahukan jadikan kemenangan itu sebagai semangat. Tetapi bagaimana pula kalau banyak kerusi BN jatuh di Sarawak? Ini merimaskan Najib dan mungkin pilihan raya akan dilambatkan sehingga mencecah ke tahun 2013.

Bagi Pakatan Rakyat mereka tidak perlu banyak menduga bila pilihan raya akan diadakan. Yang penting mereka perlu bersedia. Pakatan perlu merasakan pilihan raya akan diadakan esok juga. Makanya Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia dari sekarang dan jangan asyik mengulas mengenai kekalutan ataupun kecemasan BN untuk berpilihan raya. Nanti kerana asyik dok ulas orang kita pula yang merana. Sabree Shafii tentu seronok membaca catatan ini. [wm.kl. 7:30 pm 01/12/10]

No comments

Powered by Blogger.