Polis keterlaluan – Suhakam
Sunday, 05 December 2010 | Ruangan: Berita

KUALA LUMPUR 5 Dis – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menganggap tindakan polis menembak gas pemedih mata dan menghalang peserta demonstrasi ‘Kembalikan Hak Air Kepada Rakyat’ di Masjid Negara sebagai keterlaluan.

Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha’ani Abdullah yang hadir meninjau keadaan di sini melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan polis itu, termasuk penangkapan lebih 70 aktivis.

“Saya kesal tindakan ini dan harap selepas ini jadi lebih baik,” kata beliau kepada wartawan di sini.

Beliau turut berjanji akan menghantar laporan Suhakam mengenai hal ini ke parlimen untuk tindakan lanjut.

Bahkan beliau turut mengulangi tekad Suhakam akan terus berjuang untuk kebebasan hak asasi manusia.

“Kita rasa perhimpunan aman ini sepatutnya tidak diganggu. Ia suara rakyat,” tambah beliau.

Sementara itu, Exco selangor, Elizabeth Wong pula menganggap himpunan ini berjaya kerana memorandum dapat dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong.

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/154682_477510523900_38012338900_5622519_12152_n-300x234.jpg

Khalid Ibrahim menyampaikan ucapan di anjung Masjid Negara

“Saya rasa sukses kerana pihak kerajaan telah menyatakan akan memberikan peluang kerajaan Selangor menawar semula harga air kepada Syabas. Saya rasa suara rakyat hari ini sukses,” kata beliau.

No comments

Powered by Blogger.