WikiLeaks: Periksa kesahihah laporan
***
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
***
Pada Ayat 6 Surah Al-Hujurat, Allah SWT berfirman, bermaksud: “Hai orang-orang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan kecelakaan kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu.”
Kita bawakan maksud ayat al-Quran ini bagi mengingatkan umat Islam terutama pemimpinnya akan bahana akhir zaman berikutan pencapaian manusia yang menakjubkan dalam pelbagai bidang termasuklah perhubungan dan komunikasi. Ketika ini dunia digegarkan dengan laporan laman web penuh kontroversi, WikiLeaks di internet yang mendedahkan maklumat yang diklasifikasikan sebagai sulit oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Dilaporkan sebanyak 251,287 dokumen Amerika disiarkan di laman itu yang membocorkan maklumat daripada Kedutaan Amerika mengenai penilaian pemimpin dunia dan maklumat rahsia lain. Pentadbiran Amerika dikatakan mengarahkan diplomatnya berperanan sebagai perisik dengan melakukan kerja-kerja pengintipan.
Apa yang mendukacitakan kita, pendedahan itu sebahagiannya membabitkan pemimpin dan negara umat Islam termasuklah Arab Saudi dan Iran. Pemerintah Arab Saudi, Al-Malik Abdullah dituduh berulang kali mendesak pemimpin Amerika menyerang Iran bagi memusnahkan program nuklearnya. Abdullah didakwa mendesak seorang pegawai tinggi Amerika supaya memotong kepala seekor ular (rujukan kepada Iran) manakala Presiden Iran pula digelar Hitler kononnya kerana mengarahkan orang Yahudi dibunuh.
Laporan ini belum disahkan tetapi kita melihat seolah-olah sudah ada usaha terancang secara besar-besaran untuk menimbulkan keluh kesah dan curiga mencurigai antara pemimpin dan negara umat Islam. Kita sedia maklum bahawa Arab Saudi dan Iran adalah dua kuasa utama dunia Islam, jadi dengan menyiapkan kedua-dua pihak ini untuk bertempur di medan perang adalah kejayaan pihak ketiga yang benar-benar mahu menghancurkan dunia Islam dan umatnya yang ketika ini dikaitkan pelbagai hal negatif termasuklah sebagai pengganas antarabangsa.
Walaupun pemimpin Iran dan Saudi tidak bersetuju dalam pelbagai perkara, kita dapat saksikan bagaimana gigihnya sesetengah pemimpin dan rakyat yang jujur dalam menjalin ukhuwah sesama Muslim seluruh dunia termasuklah dari kedua-dua negara ini. Kita dapat saksikan bagaimana melalui perhimpunan sejagat pemimpin Islam seperti Sidang Kemuncak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kedua-dua pihak sedia bertolak ansur. Malah Iran yang pernah menganjurkan Sidang Kemuncak OIC di Teheran pada 1997, bersedia membenamkan ketidaksefahaman mereka termasuk dalam isu Palestin demi kepentingan umat Islam sejagat.
Tetapi dengan tindakan WikiLeaks mendedahkan apa yang didakwa desakan jahat pemerintah Arab Saudi bagi kemusnahan Iran, tentunya meletakkan kedua-dua negara di ambang pergeseran yang amat dahsyat. Dunia Islam juga akan terkesan, terumbang-ambing dalam menangani isu genting ini. Oleh itu, bagi kita, adalah penting untuk semua pihak merujuk kepada panduan Allah dan Rasul-nya dan melalui Ayat 6 Surah Al-Hujurat, Allah SWT meminta diperiksa berita yang dibawa oleh si fasik, jika tidak dibimbangi akan mendatangkan kemusnahan kepada umat Islam sendiri.
Berhubung perkembangan ini, kita gembira dan bersyukur dengan reaksi pantas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad yang menganggap pendedahan WikiLeaks itu sebagai tidak bernilai, hanya sebagai usaha untuk mencetuskan kekacauan.
Kata Ahmadinejad, pendedahan maklumat itu bukan rasmi dan sahih; beliau memberi harapan kepada dunia Islam bahawa Iran dan negara-negara Arab adalah bersahabat. “Tindakan berniat jahat ini tidak akan memberi kesan berkaitan hubungan Iran dengan negara-negara ini,” tegasnya.
Tokoh yang terkenal hidup serba sederhana itu mendakwa pendedahan maklumat sulit itu hanya usaha terancang Amerika dan kuncu-kuncunya bagi mencetuskan pergeseran antara Iran dengan negara-negara Arab, termasuk Saudi. Syabas Ahmadinejad!
http://lanh14.blogspot.com/2010/12/wikileaks-periksa-kesahihah-laporan.html

No comments
Post a Comment