Adun hero bawa isu Tanjung Tokong

 GEORGETOWN : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun -DAP), Tanjung Bunga, Teh Yee Cheu dianggap 'hero' kerana berjaya membawa isu warisan melayu Tanjung ToKong yang sebelum ini tidak pernah di sentuh oleh Adun terdahulu yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon serta Umno.

Warisan Melayu Tanjung ToKong sudah lama diperjuangkan oleh Pengerusi Badan Bertindak Penduduk, Salleh Yahya untuk memastikan satu-satunya perkampungan asal dikekalkan berbanding tindakan pemaju yang mahu mengkomesialkan dengan projek mewah.



'Saya wajib membawa suara penduduk kerana mereka telah memilih saya sebagai Adun di situ. Tidak kira Cina, Melayu ataupun India semuanya saya akan bantu, ' tegasnya dalam temubual dengan Harakahdaily selepas persidangan Dun semalam.

Katanya lagi, mungkin kerana minat saya terhadap alam sekitar dan kemanusiaan membuatkan lebih memberikan fokus kepada hal-hal begini di samping membawa perubahan untuk kepentingan semua kaum.

Barisan Nasional (BN) ternyata gagal tegasnya, untuk memberi keselesaan kepada penduduk yang selama ini sudah sebati tinggal di perkampungan asal daripada tinggal di flat atau pangsapuri.

'BN dah gagal sebab itu rakyat telah tolak mereka maka harapan saya kali ini biarlah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) memberikan penumpuan yang lebih agar impian penduduk mahu mengekalkan Tanjung ToKong sebagai kawasan warisan menjadi kenyataan, ' ujarnya yang gemar berbasikal melawat kawasan setiap hari.

Beliau kecewa terhadap Kerajaan BN kerana tidak bertindak sesuatu membantu penduduk Tanjung ToKong yang berada dalam dilema ekoran pembangunan yang tidak seimbang di atas tanah projek Tanjung Pinang.

Sementara itu, Pengerusi Badan Bertindak Tanjung ToKong, Salleh Yahya dalam kenyataanya gembira kerana Adun Tanjung Bunga sanggup membawa isu ini dengan panjang lebar dalam sidang Dun semalam.

Kalau dulu isu ini pernah di kemukakan oleh Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman dan Adun Penanti, Haji Abdul Rahman Kadir namun apa boleh buat BN tidak melayan dan menggangap penduduk di sini menolak pembangunan.Isu ini kerap kali dibawa oleh YB Hamdan Abdul Rahman setiap Dewan Undangan Negeri sejak beliau mula-mula berjadi YB sampai sekarang.

Tun Mahathir sendiri menegur tentang keadaan kehidupan orang-orang Melayu di Tanjung Tokong,Pulau Pinang tak ubah seperti zaman perang Dunia ke-2. Tindakan Tun Mahathir ini ibarat meludah ke langit jatuh pada batang hidung sendiri.

'Ketua Menteri dulu mengabaikan tanggungjawabnya di sini maka tidak hairan beliau lari ke Batu Kawan dalam pilihanraya umum lepas. Kami bangga mempunyai seorang Adun yang prihatin serta mempunyai seorang Ketua Menteri baru yang lantas meninjau ke perkampung kami sejurus majlis angkat sumpah diadakan, ' jelasnya.

Umno pula katanya, sampai hari ini tidak bersuara pada kerajaan sebaliknya asyik bermain politik sempit dengan menengahkan isu lapuk dan tidak releven.

ISU
Kampung Tanjung Tokong menuntut Kawasan zon warisan melayu boleh dirujuk dalam website pasbukitbendera.com atau e mail
pemudabbendera@hotmail.com untuk mendapat maklumat lanjut mengenai kampung Tanjung Tokong Pulau Pinang .

No comments

Powered by Blogger.