Arif Diganggu Hantu Di Permatang Pauh..!
BUKIT MERTAJAM: Calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Arif Shah Omar Shah, mendakwa terdapat "pengundi hantu" di kawasan itu.
Arif Shah, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya berkata, satu kajian yang dibuat selepas pilihan raya 8 Mac lepas, mendapati banyak nama pengundi yang didaftarkan menggunakan satu alamat tetapi apabila disemak, hanya dua atau tiga orang sahaja yang tinggal di alamat itu.
"Saya tidak pasti sama ada mereka ini pengundi hantu, pengundi yang menumpang atau pekerja kilang di kawasan Sungai Petani atau berhampiran yang menggunakan alamat itu tetapi tidak tinggal di situ," katanya kepada pemberita di rumahnya di Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya, dekat sini.
Menurutnya, kebanyakan pemilik rumah itu juga tidak mengenali nama-nama yang menggunakan alamat rumah mereka dan beliau mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat perkara itu.
"Saya bimbang jika perkara ini disengajakan, ia akan memberi kesan kepada keputusan pilihan raya yang sebenarnya," kata Arif Shah yang semalam dinamakan sebagai calon BN untuk pilihan raya kecil itu pada 26 Ogos ini, dan dijangka menentang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kerusi itu dikosongkan oleh isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR.
Bagi kerusi negeri Seberang Jaya, pada pilihan raya 2004, Arif Shah, yang memperoleh 10,113 undi menewaskan Dr Mansor Othman dari PKR dengan majoriti 4,464 undi dan pada pilihan raya baru-baru ini. Beliau menang dengan majoriti 533 undi setelah mengalahkan Ramli Bulat juga daripada PKR.
Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kewujudan "pengundi hantu" itu, berkata sebarang bantahan terhadap daftar pemilih mestilah dilakukan ketika ianya dipamerkan.
"Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958 menyatakan mana-mana daftar pemilih yang telah disahkan melalui proses undang-undang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana mahkamah.
"Daftar pemilih yang telahpun diluluskan undang-undang itu tetap akan digunakan pada pilihan raya kecil Permatang Pauh," katanya.
Kamaruzaman juga berkata segala persiapan SPR bagi menghadapi pilihan raya kecil itu berjalan lancar.
Seramai 58,459 pemilih termasuk 490 pengundi pos, layak mengundi pada pilihan raya kecil itu
-mSTAR Online

No comments
Post a Comment