DUGAAN DALAM PERJUANGAN ISLAM

Istana Perak larang Hadi, Nik Aziz beri khutbah Jumaat esok

14-08-2008 08:03:59 PM

KUALA LUMPUR: Usaha Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II (Masjid Negeri di Ipoh) dan Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, esok tidak diberi perkenan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Perkara itu disampaikan kepada Abdul Hadi ketika Presiden PAS itu menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar hari ini, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, titah itu adalah selaras dengan pendirian bahawa masjid dan surau di Perak haruslah bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

Kata beliau, hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak yang boleh menyampaikan khutbah di masjid-masjid di Perak.

Laporan Bernama semalam menyebut, Raja Nazrin Shah telah memberi perkenan kepada Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi untuk menyampaikan khutbah pada solat Jumaat di dua buah masjid di Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam berkata, baginda menyampaikan perkenan itu ketika beliau menghadap Tuanku sebelum mesyuarat Exco kerajaan negeri diadakan.

Berdasarkan laporan itu, Nik Abdul Aziz melahirkan terima kasih kepada Raja Muda Perak kerana membenarkan beliau berkhutbah Jumaat di negeri itu sebagai satu perubahan fikiran terhadap PAS.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, perkenaan daripada Raja Nazrin Shah merupakan satu pemberian yang disyukurinya kerana beliau pernah dihalau semasa berceramah di luar negeri.

“Saya menjunjung kasih kepada Tuanku. Di Kedah saya pernah dilarang daripada berceramah. BERNAMA

http://www.mstar.com.my

No comments

Powered by Blogger.