Berapa Kali Nak Bersumpah Si Penipu Ni…

Liwat: Saiful akan muncul mengumumkan tarikh angkat sumpah esok?

14-08-2008 04:06:21 PM

PETALING JAYA: Bekas pembantu peribadi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Mohd Saiful Bukhari Azlan mungkin akan muncul untuk mengumumkan sendiri tarikh mengangkat sumpah berhubung isu tersebut yang dijangka diadakan esok.

Menurut peguamnya, Zamri Idrus, Saiful mungkin akan muncul untuk memberi kenyataan pengumuman tarikh sumpah berkenaan.

“Saya tidak berani memberi jaminan Saiful akan muncul atau tidak. Tapi kemungkinan itu ada,” katanya kepada mStar Online hari ini.

Pada 31 Julai lalu, Saiful menyatakan beliau bersedia untuk bersumpah dengan al-Quran sejurus siasatan polis terhadap kes tersebut selesai.

Ketika ditanya sama ada tarikh angkat sumpah berkenaan sudah ditetapkan, Zamri berkata:

“Tarikh tersebut akan diumumkan bila tiba masanya. Yang pasti ia akan diadakan dalam tempoh terdekat.”

“Persiapan diatur mengikut lunas-lunas Islam. Kami sedang buat persiapan ke arah itu. Semuanya sedang diatur,” katanya.

Namun ketika ditanya di manakah tempat angkat sumpah berkenaan akan diadakan, peguam Saiful itu bagaimanapun enggan megulas.

Pada 28 Jun lalu Saiful menggemparkan negara apabila membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat beberapa kali oleh majikannya dengan kali terakhir, dua hari sebelum tarikh tersebut, di sebuah kondominium mewah di Bukit Damansara.

http://www.mstar.com.my

No comments

Powered by Blogger.