BN Di P 44 Permatang Pauh Silap Strategi Bakal Jadi Tragedi
Kejutannya ialah, Anwar Ibrahim, yang bertanding di pilihanraya kecil P 44 Permatang Pauh!
Di media, kalangan para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional, begitu ramai yang berkata, di antaranya:
* O itu kami tak terkejut,
* Kami telah jangkakan pun,
* Kami sudah bersedia sejak 9 Mac 2008 lagi,
* Perbuatan isteri serah tempat kepada suami, ini tidak beretika,
* Mereka berdua tidak prihatin kepada Pengundi di Permatang Pauh, dan
* Dan bermacam-macam reaksi dan respons lagi.
Itu cakap orang politik ye dak?
Hakikat sebenarnya, barangkali begini:
* Ini kejutan besar oii,
* Tak sangka betul, ingatkan Bandar Tun Razak, atau Bandar Baru Kulim, ini Permatang Pauh, macam mana nak menang di kubu kuatnya ini.
* Mana nak cari bajet, peruntukan yang ada cuma untuk pemilihan UMNO Disember 2008,
* Kosnya tentu tinggi,
* kalau setakat isterinya okay gak, ini suaminya daa, dan
* bermacam-macam reaksi dan respons lagi.
Begitulah keadaannya bila UMNO sudah rosak teruk, and Barisan Nasional sudah tidak relevan lagi di Malaysia.
Seterusnya Strategi Barisan Nasional di P 44 Permatang Pauh bakal menjadi Tragedi.
Asalnya, Barisan Nasional terutama pemimpinnya, berpesta sakan sejak PRU 11, 2004.
Prinsip ke mana, perjuangan dilupa, prihatin ke atas rakyat Malaysia dialpa, dan pesta ini sepatutnya seminggu sahaja sudahlah, tetapi berlarutan hinggalah ke penghujung 2007.
Bila, cadangan untuk diadakan PRU 12, prinsip, perjuangan, dan prihatin dipersoalkan, kerana berbagai isu tidak diselesaikan, sedangkan masalah baru banyak munculnya, dan janji dahulu tidak ditunaikan.
Maka, kedengaranlah keangkuhan para pemimpin Barisan Nasional, "rakyat tidak perlu bising, kalau tak suka, buktikan dalam PRU 12".
Boom!
Rakyat tunjuk kuasa.
Keputusan PRU 12, jelas. Tetapi para pemimpin Barisan Nasional ramai yang tidak berubah. Maklumlah tabiat dan tebiat yang menjadi budaya sekian lama. Susah nak ubah, lalu mereka suruh Rakyat pula ubah, khususnya ubah gaya hidup. Sedangkan mereka tidak berubah.
Segala yang sedap, mereka lahap, dan segala yang perit rakyat yang hadap.
Rakyat yang semacam tiada pilihan, masih mengharap, tapi, Barisan Nasional akan seperti lagu itu juga, mungkin 2010, melainkan ada usul undi tidak percaya di Parlimen Julai 2008, atau pemilihan UMNO Disember 2008, atau PRU 13, mungkin 2013.
Lama tu!
Sedangkan sehari pun Rakyat tidak tertanggung lagi. Walaupun sudah tua bangka, dan ada yang tidak berguna pun, para pemimpin Barisan Nasional masih mahu kekal berkuasa sehingga sekarang, sejak selepas 9 Mac 2008. Ditokok minyak kepada api semarak, pada 5 Jun 2008, harga petrol dan diesel naik, maka semua harga naik belaka. Maka yang tertekan dan terbeban ialah Rakyat Malaysia.
Sudah tidak tahan, kedengaranlah jeritan, "Turun Lah oii". Namun Barisan Nasional dan para pemimpinnya yang menindas, masih tersenyum, deritalah kamu semua, suka hati akulah bila tarikhnya yang aku akan sebut aku turun.
Rakyat semakin menjerit sakit, tapi para pemimpin dan Barisan Nasional, menyatakan sokongan padu, kesetiaan tidak berbelah bagi hanya kepada Abdullah Ahmad Badawi seorang.
Tak apa, maka di P 44 Permatang Pauh, kuasa Rakyat kembali semula.
Abdullah Ahmad Badawi, peduli apa kepada P 44 Permatang Pauh? Jika menang, dia kekal. Jika kalah pun, dia sudah merasa jadi Perdana Menteri Malaysia.
Memanglah bebanan di P 44 Permatang Pauh, banyak kepada Mohd Najib Abdul Razak.
Peritnya, walau orang tidak kata, ialah mesej PRU 12 kepada Barisan Nasional, yang Mohd Najib Abdul Razak tidak dapat menafikannya, dia orang kedua bertanggungjawab, selepas Abdullah Ahmad Badawi, dan diikuti semua lain-lain pemimpin Barisan Nasional yang semakin kodi.
Kini, Mohd Najib Abdul Razak yang berdiri paling tinggi, dan menjadi sasaran utama, jika kalah di P 44 Permatang Pauh ini. Jelas, ada orang akan salahkan dia.
Dari jumlah keseluruhan 58, 449 pengundi, Barisan Nasional mempunyai ahli seramai anggaran 26,000.
Memang nampak ada chan menang. Tetapi, awas, pengundi bukan ahli akan undi parti lawan, pengundi di tengah akan codong kepada parti lawan, dan pengundi yang ahli sebahagiannya akan undi parti lawan juga.
Sabotaj dalaman!
Titik mula sudahpun dinyatakan, sabotaj pemimpin dan pengikutnya yang tidak berpuas hati kerana tidak dicalonkan dan sebaliknya Arif Shah Omar Shah pula dipilih sebagai calon kali ini.
Di antara kesilapan strategi Barisan Nasional, yang bakal menjadi tragedi ialah:
* kepemimpinan yang tidak berubah kemudian tidak berkongsi nikmat dengan Rakyat Malaysia, sejak 2004.
* kepemimpinan yang menekan Rakyat dengan bebanan tidak tertanggung untuk kehidupan selesa hanya kerana tiada pakej induk penyelesaian untuk membangun dalam menghadapi cabaran global.
* memilih Arif Shah Omar Shah sebagai calon. Ada lain-lain pemimpin pengikut sudah tidak puas hati.
* ada beberapa pemimpin Barisan Nasional yang kaput, dan yang menjadi faktor penyumbang kekalahan dalam PRU 12, dibenarkan berkempen, dan sekali lagi mereka ini bakal menyumbang kepada tragedi kekalahan Barisan Nasional di pilihanraya kecil ini.
* satu isu sahaja yang boleh dikemukakan yakni Anwar Ibrahim dan Sodomi. Tidak adakah isu sebenar yang memanfaatkan penduduk dan pengundi Permatang Pauh, dan Rakyat Malaysia. Tak ada. Jika pun ada, ialam skrip lawak kelak RMK9.
* Serta banyak lagi Lah.
Perhatikan bahawa, selepas PRU 12, para pemimpin jarang turun padang, di mana-mana pun. Takut, seram, dan malu pun ada sikit. Jadi sekadar, keluar pejabat, naik jet, atau kereta mewah, jumpa pemimpin tempatan, makan sedap, dan balik.
Rakyat yang lapar, ada di merata-rata. Kini sebahagiannya di P 44 Permatang Pauh.
Jadi, para pemimpin Barisan Nasional begitu terasing di sini, sebagaimana mereka terasing daripada Rakyat Malaysia dan penderitaan masyarakat bawahan.
Sementara para pemimpin lawan, kini bergerak bebas di kampung halaman, sedangkan para pemimpin Barisan Nasional didapati terencat pergerakan, nak kempen besar-besaran, yang sudi datang sekitar 500 kurang lebih; nak pacak bendera, melekat poster, itu dan ini, penduduk tak bagi; nak berucap sejam, 15 minit sudah kena "halau" kerana orang tempatan benci; akhirnya pasang bangsal, bercakap dengan 10 orang wartawan, untuk siaran media, pun ramai orang tak tengok, tak baca, dan tak dengar. Tak percaya!
Seterusnya, ialah kemunculan yang meledak dari dalam, para pemimpin dan pengikut UMNO dan Barisan Nasional sendiri yang akan sabotaj Arif Shah Omar Shah dan Barisan Nasional.
Kesedaran:
Semua pemimpin Barisan Nasional ialah pengikut. Mereka sama-sama macam orang lain, pengikut juga. Namun kita beri mereka mandat untuk mewakili kita semua sebagai pemimpin. Bila sudah menjadi pemimpin, kita pula yang mereka tekan. Sedangkan mereka sepatutnya membela kita! Tetapi tidak.
Begitulah Strategi Barisan Nasional bakal menjadi Tragedi di P 44 Permatang Pauh.
"

No comments
Post a Comment