Bush sokong pendirian Malaysia berhubung fahaman ekstremis

BANGKOK: Presiden Amerika George W Bush hari ini berkata pihaknya menyokong penuh demokrasi seperti yang diamalkan Thailand, Indonesia dan Malaysia, yang dilihat menampilkan pendirian tegas menentang fahaman ekstremis, dan jelas menunjukkan bahawa Islam juga berkaitan dengan toleransi.

Dalam ucapannya pada hari kedua beliau berada di Thailand, Bush berkata Amerika dan rakan sekutunya di rantau ini mewujudkan kerjasama dalam menghadapi ancaman keganasan dan membanteras ideologi kebencian yang dibawa oleh ekstremis.

“Bersama negara sahabat di rantau ini, kami sudah menangkap atau membunuh beberapa pengganas berbahaya dunia,” katanya semasa menyampaikan ucapannya di Queen Sirikit Convention Centre.

Bush yang akan berlepas ke Beijing hari ini bagi menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik, esok berkata ramai sahabat Amerika di Asia turut berdiri di belakang mereka di Afghanistan dan Iraq, di mana rayat yang baru bebas kini muncul di negara itu bagi menggantikan dekad-dekad yang penuh dengan kegelapan.

Bush yang dijangka menamatkan dua penggal pentadbirannya pada Januari tahun depan itu turut membentangkan dasarnya di Asia sejak tujuh tahun lalu dan berkata pada masa sama Amerika mengukuhkan hubungannya dengan semua kuasa utama Asia. - Bernama

TERIMA KASIH PAK BODOH LAH

No comments

Powered by Blogger.