Saiful pengadu, saksi utama dan tidak akan dituduh: Syed Hamid

KUALA LUMPUR: Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak akan dituduh di mahkamah kerana beliau adalah pengadu serta saksi utama kes liwat membabitkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini berkata agak mustahil pengadu terhadap kes jenayah yang dilakukan terhadap dirinya didakwa di mahkamah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia, di sini, petang ini.

Awal hari ini, Anwar mempersoalkan kenapa hanya dirinya dituduh dengan kesalahan itu.

Beliau berkata kertas pertuduhan yang dikemukakan hari ini secara jelas menyatakan Mohd Saiful bersetuju melakukan perbuatan seperti didakwa dan pendakwaan sepatutnya juga turut mendakwanya.

Anwar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya itu.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Beliau dituduh melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan terhadap Mohd Saiful, 23.

DAH LA BOTAK ANG DOK SEMBANG....LAGI BANYAK ANG SEMBANG LAGI BANYAK NAMPAK ANG TU BODOH

No comments

Powered by Blogger.