Menantu MB Kelantan sedia beri kerjasama kepada BPR

KOTA BHARU: Menantu Menteri Besar Kelantan, Ariff Fahmi Abdul Rahman, berkata beliau sedia membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika wujud unsur kronisme serta salah guna kuasa dalam pelantikannya sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

“Saya sedia beri kerjasama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussein baru-baru ini bahawa pihaknya sedang mengkaji kebenaran surat layang diterimanya yang menyentuh isu kronisme serta salah guna kuasa dalam pelantikan itu.

Ariff Fahmi enggan mengulas lebih lanjut berhubung kes berkenaan setelah dinasihatkan oleh pihak tertentu dan membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau bersedia memberi kerjasama penuh jika BPR mahu menyiasat pelantikan menantunya itu. — Bernama

WOI BAHLOL BPR....BANYAK KES YANG DOK ADA SEBELUM NI ANG LETAK KAT NA??JANGAN JADI BODOH DALAM MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB........

No comments

Powered by Blogger.