Islam itu mudah, maksudnya menutup aurat itu mudah
Islam itu mudah - Jeanne Abdullah
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah berkata, ajaran agama Islam tidak seberat yang disangka, serba sederhana dan tidak pernah memudaratkan penganutnya terutama yang baru menjadi saudara baru agama berkenaan.Jeanne, 55, berkata, beliau yang menganut Islam sejak berusia 23 tahun tidak pernah rasa terbeban dengan setiap ajaran termasuk Rukun Islam.
Katanya, sejak berkahwin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Jun tahun lalu, beliau menerima sokongan kuat suaminya dalam menjalankan ibadah agama.
''Setiap pagi kami akan sembahyang berjemaah dan selepas itu, kami akan mengaji al-Quran bersama. Abdullah akan bacakan setiap ayat itu manakala saya akan membaca terjemahan dalam bahasa Inggeris.
''Saya merasakan melalui pemahaman dalam setiap ayat yang dibacakan dapat membantu kita memahami keindahan ayat suci al-Quran dan mempercepatkan proses mengingatinya,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Saudara Muslim Peringkat Kebangsaan 2008 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di sini hari ini.
Konvensyen yang julung kali diadakan itu turut dihadiri oleh kira-kira 2,000 saudara baru bersama anak-anak mereka adalah satu cara untuk mereka bertemu dan bertukar-tukar pengalaman serta memperoleh maklumat berguna dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim.
Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim dan Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Datuk Sheikh Abd. Aziz.
Pada majlis yang sama, Jeanne turut menyampaikan hadiah kepada dua pemenang Anugerah Saudara Muslim Cemerlang 2008 iaitu Pro-Canselor Universiti Malaya (UM), Toh Puan Dr. Aishah Ong dan Penolong Setiausaha Kehormat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Ann Wann Seng atau Ann Abdullah.
Dalam pada itu, Aishah pada sidang akhbarnya berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk menganut Islam kerana ada di kalangan ahli keluarganya yang berkahwin campur.
''Bagaimanapun, cabaran terbesar yang perlu dihadapi ialah menunaikan sembahyang lima waktu serta khatam al-Quran. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menyempurnakan dua perkara tersebut,'' ujarnya.
Perkara sebaliknya berlaku pada Ann apabila tiada seorang daripada keluarganya yang menganut agama lain selain Buddha dan permintaannya itu mendapat bantahan daripada mereka.
''Saya mendalami agama Islam 10 tahun sebelum mengambil keputusan memeluk agama ini. Saya juga membuat kajian dan perbandingan beberapa agama lain dan mendapati ajaran Islam terbukti bersifat universal,'' ujarnya.
Jeanne berkata, beliau juga menyedari Islam adalah agama yang sempurna di muka bumi ini dan merasakan segala tindak-tanduknya kini mendapat rahmat daripada-Nya.
''Contohnya, pengertian yang terdapat dalam Ummul Kitab, al-Fatihah yang mempunyai seribu satu pengertian.
''Dahulu agak sukar untuk mengingatinya, selepas membaca terjemahan, saya memulakan semua ibadah harian saya dengan ayat itu,'' ujarnya.
www.utusan.com.my

(1).png)

No comments
Post a Comment