Kala Malam Bulan Mengambang filem terbaik

Klik gambar di sebelah untuk menyaksikan filem ini

PUTRAJAYA 9 Ogos – Filem Kala Malam Bulan Mengambang arahan Mamat Khalid muncul filem terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-21 (FFM21) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Dengan kemenangan itu, syarikat produksi yang menerbitkan filem tersebut iaitu Tayangan Unggul Sdn. Bhd. menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi.

Anugerah disampaikan oleh Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Selain Filem Terbaik, filem tersebut turut memenangi kategori Pengarah Filem Terbaik menerusi Mamat Khalid, Pelakon Lelaki Terbaik (Rosyam Noor), Pereka Kostum Terbaik dan Penataan Seni Terbaik.

Sementara itu, pelakon utama filem Anak Halal, Maya Karin memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik dan membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi.

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Ruminah Sidek menerusi filem Pensil manakala Hans Isaac memenangi kategori Pengarah Harapan menerusi filem Cuci.

FFM21 dianjurkan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dengan kerjasama Finas.

www.utusan.com.my

No comments

Powered by Blogger.