KEKHUATIRAN BN UMNO : PENOLAKAN TAWARAN KONGSI KUASA PAS DAN KEHADIRAN ANWAR DI PARLIMEN
Akhirnya, telahan dan ramalan saya sedikit menjadi, seakan2 menjadi dan seterusnya menjadi satu realiti. Keputusan pimpinan PAS menolak tawaran kongsi kuasa UMNO dan kerusi Parlimen Permatang Pauh utk memudahkan laluan Dato' Seri Anwar Ibrahim, menuju lorong ke parlimen sebagai Ketua Pembangkang dan seterusnya, menebas semak samun serta lalang yg menghalang laluan ke Putrajaya sebagai next PM in waiting.
Bermula dgn tawaran kongsi UMNO kepada PAS, dalam artikel yg lalu, saya ada menyebut tentang keraguan terhadap keikhlasan UMNO. Tahap keraguan dan kemusykilan terhadap tawaran dari UMNO ini, terlalu kritikal dan sukar dipercayai. Masakan kita dapat percayai terhadap janji2 UMNO, tetapi, dalam masa yg sama, tidak “bertaubat” dan menyesali perbuatan2 keji lagi terlampau pada masa2 yg lalu.
Rakyat umum mengetahui, UMNO adalah parti yg ditubuhkan utk memperjuangkan bangsa Melayu Islam, tetapi, dalam masa yg sama, mengkhianati bangsa melayu Islam itu sendiri dalam beberapa siri2 dosa dan kesalahan yg telah saya sebutkan terdahulu.
Saya tidak mahu memanjangkan tentang perkara ini kerana semua sedia maklum akan perihal pengkhianatan UMNO pada bangsa Melayu Islam itu sendiri. Rakyat sendiri telah menilai dan menghukum BN UMNO pada pilihanraya umum yg lalu.
Beberapa hari yg lalu, UMNO Perak dan Pahang ada mengemukakan tawaran jawatan Menteri Besar kepada PAS dan beberapa lagi jawatan Exco yg begitu menarik utk diteliti oleh PAS. Bezanya,UMNO sendiri terpukul dgn tawaran2 yg dikemukakan terhadap PAS. Kenyataan Presiden PAS di dalam satu mesyuarat di antara AJK PAS Pusat bersama2 dgn Majlis Syura menolak tawaran2 yg dikemukakan dan sebaliknya, membuat tawaran kepada UMNO dan seluruh pimpinan komponen BN utk menyertai mana2 parti di dalam Pakatan Rakyat. Presiden juga di dalam kenyataannya komited utk meneruskan perjalanan di dalam Pakatan Rakyat tanpa apa2 keraguan.
Kenyataan ini sebenarnya bukanlah merupakan satu pukulan yg dilihat, ditimpakan kepada UMNO semata2. Individu yg paling malang, adalah Presiden UMNO yg merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Di dalam pada ketika beliau menggunakan istilah “sudah ada 3 siri muzakarah” antara PAS dan UMNO ( kononnya sebagai senjata utk memecah belahkan PAS dan sebagai tawaran gula2 utk PAS kembali ke dalam BN ), PAS bijak menggunakan peluang ini. Menolak tawaran UMNO ini umpama satu bala bencana utk Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meneruskan survival politiknya sehingga pelan peralihan kuasa 2010. Adalah dipercayai, beliau menjadikan senjata muzakarah ini sebagai salah satu alasan utk memperkukuhkan kedudukan beliau sehingga pelan peralihan kuasa 2010 kerana semua tahu, beliau sedang merawat BN dan UMNO yg sedang sakit tenat dan koma pada ketika ini.
Cuma, menyorot kembali tentang kenyataan yg dikeluarkan oleh Mursyidul Am beberapa hari yg lalu selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kelantan ke-37 di Machang beberapa hari yg lalu :
"Umno bubar PAS pun bubar, tubuh parti lain dengan syarat berdasarkan kepada Islam"
Saya tertarik dgn komentar yg diberikan oleh Tuan Guru. Ketika mana kelihatan ahli2 melatah dan kurang faham dgn cadangan ini, Tuan Guru telah melakukan satu tindakbalas politik kepada UMNO. UMNO seolah2 terkedu dan hanya dgn jawapan, membuat tawaran gula2 kepada PAS mengenai beberapa jawatan di beberapa kerajaan negeri.
Persoalannya, adakah UMNO sanggup membubarkan parti berasaskan kepada syarat “Islam” itu sendiri? Meletakkan Islam pada dasar parti, bukanlah satu perkara yg senang bagi UMNO kerana dasar UMNO itu sendiri, yg mengamalkan politik serta dasar sekular. Bahkan, ini kita dapat lihat dan perhatikan di dalam mana2 ucapan pemimpin2 mereka yg meragukan tentang Islam.
Mengkritik, menghina rang undang2 Hudud, Qisas dan Ta’zir yg cuba diperkenalkan oleh Kerajaan PAS Kelantan, cubaan utk menyaman Kerajaan PAS Kelantan di mahkamah oleh salah seorang pemimpin UMNO yg sekarang ini diangkat menjadi Senator dan diberi jawatan Menteri Penuh dalam kabinet Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi sekiranya meneruskan dasar2 utk memperkenalkan serta melaksanakan undang2 hudud di Kelantan merupakan siri2 penolakan UMNO terhadap Islam.
Apabila pemimpin UMNO sendiri bercakap dan berbicara tentang satu perkara yg dilihat mengganggu gugat Islam, adakah dalam pada masa yg sama, mereka berani menyahut seruan Tuan Guru utk meletakkan Islam pada dasar parti?
PAS tidak ada masalah mengenai perkara meletakkan Islam pada dasar parti dan akan sentiasa berpegang teguh kepada dasar Islam. Kita melihat, tindakan Tuan Guru seolah2 memperbodoh-bodohkan kembali UMNO. Mahu bubarkan parti, dipersilakan dan dialu-alukan. Tetapi, mestilah berdasarkan Islam semata2, berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Bukannnya mengikut ke mana haluan keris dihunus. Dalam hal ini, pimpinan UMNO semestinya menggaru2 kepala, seolah2 tidak tahu apa itu Islam dan memandang2 sesama sendiri di meja musyawarah samada perlu atau tidak dibubarkan parti dan seterusnya, menerima dasar Islam itu sebagai dasar rasmi.
Penolakan tawaran inilah yg menjadi salah satu faktor dan asbab musabab mengapa Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan UMNO amnya, perlu merasai kekhuatiran itu kerana seolah2 di tengah laut, kelihatan kapal UMNO itu hampir2 karam dan terus karam.
Perkara ini mengingatkan kita kembali tentang apa yg diperkatakan oleh Almarhum Sheikh Abdullah Fahim ( Datuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ) ketika berusaha membangunkan penubuhan organisasi politik Islam sedikit masa
yg lalu :
“Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita.”
PILIHANRAYA KECIL PERMATANG PAUH : MEDAN UJI DAN KERISAUAN ABDULLAH YG BERTAMBAH-TAMBAH
Di dalam masa yg sama, UMNO dikejutkan dgn satu surat perletakan jawatan. Kali ini, bukan dari Perdana Menteri, Ketua Polis Negara mahupun buruh kasar. Tetapi, surat perletakan dari Presiden Keadilan, Dato Seri Wan Azizah Wan Ismail. Perkara ini, seolah2 menjadi satu phobia kepada UMNO dan BN amnya. Isyaratnya jelas dan cukup jelas, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan mengisi ruang kerusi Parlimen yg dikosongkan oleh isterinya itu.
Ini merupakan satu langkah tepat. Peranan Anwar cukup diperlukan di dalam memperkuatkan serta memperkemaskan usaha opposision team menuju jalan ke Putrajaya.
Rata2 teman dan sahabat, ketika berbicara mengenai perkara ini sebelum pengumuman mengosongkan kerusi parlimen Permatang Pauh, memberikan reaksi yg berbeza.
Tetapi, saya lebih menekankan supaya Anwar mengisi kerusi Permatang Pauh. Hujah dan alasannnya mudah. Pertama, majoriti yg diperolehi oleh PKR pada pilihanraya yg lalu di Permatang Pauh terlalu tinggi dan boleh dianggap selesa. Faktor yg lain, kerusi Permatang Pauh merupakan kerusi yg selamat, rakyat di situ lebih kenal siapa Anwar dan pengundi tidak teragak2 utk memilih Anwar. Manakala Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar Baharu, majoriti yg diperoleh tidak terlalu banyak dan dibimbangi UMNO akan menggunakan segala perancangan dan strategi utk memanipulasi undi agar berpihak kepada mereka.
Seperkara yg lain, dari segi percaturan politik, ianya akan menolak cakap2 dan tohmahan dari pihak lawan. Matlamat Pakatan Rakyat, memastikan manusia yg bernama Anwar kembali ke parlimen, mengepalai “revolusi rakyat”. Seandainya Anwar tewas di Bandar Tun Razak atau Kulim Bandar Baharu melalui manipulasi undi oleh BN UMNO, ianya sedikit sebanyak akan mematikan buat sementara karier politik Anwar. Parti lawan akan menggunakan hujah atas kekalahan Anwar di salah satu kerusi itu bahawa “Pakatan rakyat sudah tidak relevan kerana Anwar, orang kuat Pakatan Rakyat tewas di dalam pilihanraya kecil”. Moral Pakatan Rakyat juga akan sedikit terjejas akibat kekalahan Anwar. Ini bermakna, bertanding di kerusi yg selain dari Permatang Pauh memerlukan kepada usaha keras dan kesungguhan yg jitu. BN UMNO semestinya akan menggunakan Jabatan2 Kerajaan kerana mereka masih menguasai kerajaan pusat. Inilah yg dibimbangi.
Faktor yg lain, seandainya Anwar bertanding di mana2 kerusi selain dari Permatang Pauh, dan Anwar mencapai kemenangan di dalam siri pilihanraya bagi kerusi itu. Ini akan digunakan hujah bahawa Anwar mengamalkan dinasti di dalam sistem politik negara. Kemenangan anak beliau, Nurul Izzah di Lembah Pantai, isteri beliau di Permatang Pauh dan kemenangan beliau barangkali di Kulim Bandar Baharu atau Bandar Tun Razak sedikit sebanyak akan mencetus isu dari kalangan BN UMNO utk menghujum Pakatan Rakyat. Tetapi, dengan pemilihan yg dibuat di Permatang Pauh, ianya akan mematikan hujah parti lawan bahawa Anwar mengamalkan dinasti politik.
Ada perkara yg sedikit menarik utk ditelah dan tafsirkan. Respon dan komentar Tun Mahathir terhadap seteru politiknya, mengenai Dato Seri Anwar yg akan bertanding di Parlimen Permatang Pauh.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, tindakan Wan Azizah adalah perkara yang akan dilakukan oleh mana-mana isteri sekalipun.
"Tidak ada apa yang lebih baik daripada seorang isteri yang menyayangi," katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.
Dr. Mahathir yakin isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali juga akan berbuat perkara yang sama jika berada dalam keadaan yang sama.
Umum mengetahui, Tun Mahathir sedikit masa yg lalu, telah menggerakkan ahli2 UMNO utk melakukan proses “rampasan kuasa” terhadap Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana meletakkan UMNO dalam keadaan yg cukup gawat dan parah. Paling kritikal dan memberi sedikit kesan adalah keluarnya Tun dari UMNO.
Ini merupakan satu perkara yg menggusarkan ahli dan pimpinan UMNO khasnya. Tun merupakan seorang pemimpin yg telah membawa UMNO ke tahap yg begitu baik. Tetapi, berita pengishtiharan Tun keluar dari UMNO membawa satu impak dan kesan yg lebih buruk di dalam ketika mana Abdullah cuba membaiki parti.
Sehingga sekarang, ramai yg beranggapan, tindakan Tun tidak memberi kesan kepada UMNO, menyeru ahli UMNO agar keluar dari parti dan dalam masa yg sama, tidak menyertai mana2 parti pembangkang, memberi cadangan agar ahli parlimen BN mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Abdullah di parlimen serta mendesak pimpinan UMNO meminta Abdullah meletak jawatan secepat mungkin.
Tapi, ramai yg sedikit terlupa. Mungkin, tindakan atau seruan Tun itu tidak memberi kesan kecuali pada usul undi tidak percaya yg dicadangkan oleh SNAP, salah satu komponen parti di dalam Barisan Nasional.
Ramai yg terlupa, “sikap menentang” Tun cuba dibawa ke dalam UMNO pada ketika ini menjelang pemilihan UMNO pada hujung tahun ini. Tun, kurang berjaya di dalam hasratnya utk menyeru ahli dan pimpinan UMNO mengishtiharkan keluar dari UMNO. Tetapi, UMNO terlupa bahawa semangat “penentangan” Tun itu sedang diamalkan oleh ahli2 dan pimpinan di setiap cawangan UMNO diseluruh negara.
Ahli dan pimpinan akar umbi mungkin bimbang dan khuatir utk mengishtiharkan keluar UMNO dan mengikut seruan Tun atas alasan bimbang dgn ugutan2 pimpinan tertinggi di dalam UMNO. Tetapi, mereka menggunakan cara yg berlainan, Cuma, konsepnya sama dgn apa yg cuba Tun bawa sekarang ini iaitu, melancarkan perang mulut dan kritikan2 terhadap Abdullah.
Sebagai contoh, ketika mana Badan Perhubungan Negeri mencadangkan agar Abdullah dan Najib dikekalkan sebagai Presiden dan Timbalan Presiden, ada cawangan di Pahang yg mencalonkan Dato’ Seri Najib sebagai Presiden manakala di Johor pula, ada cawangan UMNO yg mengetengahkan Tan Sri Muhyidin Yasin.
Tidakkah ini dianggap sebagai satu protes yg mewarisi “semangat penentangan” oleh Tun Mahathir sendiri di dalam UMNO?
Berbalik kepada statement Tun terhadap kasih sayang seorang isteri terhadap Anwar. Di dalam pada ketika mana pemimpin BN dan UMNO mengecam beribu2 kritikan terhadap Anwar dan isteri, berbeza pula dgn statement yg dikeluarkan oleh Tun.
Pada ketika ini, bagi Tun, beliau mungkin melihat, Abdullah seolah2 masih sukar utk diturunkan. Abdullah seolah2 terlalu liat. Seperti menggigit daging ayam tua barangkali. Apabila Tun menghantar isyarat bahawa Najib adalah yg terbaik utk mengisi jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib seolah2 buat2 tak tahu dan masih takut2 utk menyahut hasrat Tun itu. Berbeza dgn Tengku Razaleigh yg tidak serik2 utk bertanding dalam pemilihan UMNO bagi jawatan Presiden dan Tan Sri Muhyidin yg seakan2 menggambarkan akan bertanding utk jawatan Timb Presiden yg semestinya, akan mengancam kedudukan Najib seandainya Najib masih takut2.
Kita tinggalkan telahan itu sebentar. Tun mungkin bimbang dgn proses peralihan kuasa 2010 antara Abdullah dan Najib. Bagi Tun, seboleh2nya, beliau mahu melihat mana2 pemimpin yg berani menjatuhkan Abdullah. Peristiwa Abdullah menggagalkan projek jambatan bengkok dan beberapa lagi rentetan perkara lalu yg membuatkan Tun marah.
Peliknya, Tun tidak menghentam dan mengkritik kuat nawaitu Anwar utk bertanding di Permatang Pauh, sebaliknya, menggambarkan kasih seorang isteri terhadap suami.
Persoalannya, adakah Tun akan menggunakan faktor Anwar utk terus menjahanamkan lagi karier dan survival politik Abdullah dan seterusnya, turun secepat mungkin dari Putrajaya?
Tun nampaknya seolah2 memberi kredit kepada Anwar secara diam2. Seandainya Anwar menang, banyak lagi bala2 dan hujuman2 yg akan menimpa Abdullah. Dalam hal ini, Abdullah perlu bekerja keras utk memastikan kekalahan Anwar. Seandainya Anwar tewas, ianya akan memberikan satu kredit buat BN UMNO dan dalam masa yg sama, meningkatkan polulariti Abdullah sedikit di hadapan Tun.
Abdullah semestinya pada ketika itu akan berjalan bongkak di hadapan Tun. Tetapi, seandainya Anwar menang, iannya merupakan satu kredit utk Tun menggunakan hujah atas kemenangan Anwar terhadap kelemahan Abdullah yg semakin bertimpa2. Hujah ini, akan sedikit sebanyak menjadikan ahli UMNO dan pimpinan beriktiqad bahawa Abdullah perlu dinyahkan dari jawatan Presiden sebelum 2010. Sekiranya ini berlaku, Tun Mahathirlah antara orang yg paling gembira dan dalam masa yg sama mencatur kembali kekuatan BN UMNO utk menewaskan pembangkang pada pilihanraya yg akan datang.
Abdullah boleh saja utk memilih Ezam, yg mengkhinati parti dan masuk semula ke dalam UMNO setelah 10 tahun lebih menyumpah seranah UMNO. Persoalannya, adakah Ezam diyakini dapat mengalahkan Anwar dalam ketika masa yg sama, beliau masih diragui penerimaannya ke dalam UMNO. Sepertimana yg diungkapkan oleh Tan Sri Sanusi Junid dalam satu temubual dgn akhbar Harakah :
Kena cari orang yang berpengalaman duduk berbincang. Kita jangan bilamana orang macam (bekas Ketua AMK) Ezam Mohd Noor masuk dalam Umno, masa itu raikan satu kegembiraan yang cukup hebat. Apa hal budak itu? Saya pun tak kenal macam mana dia. Seolah-olah kemasukan budak itu hebat berbanding dengan keluarnya Mahathir dari Umno.
Inipun satu bukti nak jahanam. Budak itu (Ezam) dia bukan reti apa. Anwar Ibrahim pun gelak bila dengar Ezam masuk Umno kerana selesai satu masalah dia. Kemudian Wan Azizah pun senyum sahaja tengok kerana dia tahu siapa budak ini.
Tetapi Umno dengan kemasukan budak ini dilihat satu khazanah yang besar kononnya. Bagi saya ini menunjukkan Umno nak jahanam!
Sejauh mana kemampuan Abdullah dalam menghadapi Anwar di dalam
pilihanraya ini? Adakah Abdullah tertekan? Sanggupkah barisan MP Abdullah berdepan dgn kelibat Anwar di parlimen hatta bertegur sapa dan pada ketika yg sama, menikmati secangkir kopi ketika waktu rehat di parlimen bersama2 dgn Anwar?
Lord Knows. Kita tunggu pilihanraya ini berlangsung. Dalam keadaan Abdullah, tiba2 mengumumkan bahawa harga minyak akan diturunkan, pastinya, penduduk dan pengundi Permatang Pauh akan disogokkan dgn pelbagai tawaran gula2 dari Abdullah. Tidak mustahil, beberapa projek yg serba tidak mustahil akan dilakukan di Permatang Pauh.
Yang pastinya, Anwar umpama singa yg mengaum bagi Abdullah. Sudah terlalu lama Anwar dikandangkan, dan tiba2, singa ini akan masuk berlegar di dalam parlimen, mengaum tentang hal perihal kepentingan rakyat.
Adakah singa ini akan berjaya masuk ke parlimen, mengaum dgn sepuas2nya? Terpulanglah kepada Abdullah.
Yg pastinya, dua kerisauan melanda Abdullah. Satu, telah pun melanda, penolakan PAS terhadap tawaran UMNO mengenai kongsi kuasa dan yg keduanya, menanti kelibat Sang Singa Rakyat, mengaum di Permatang Pauh dan seterusnya, mengaum dgn lebih kuat di parlimen.
No comments
Post a Comment