KETIBAAN ANWAR DI NANTI-NATIKAN

13 Ogos Rabu di Pejabat Yayasan Aman ataupun lebih di kenali sebagai Pajabat Ahli Parlimen P44 Permatang pauh di banjiri oleh penduduk Permatang Pauh yang sudah lama menantikan ketibaab anwar serta keseluruh kepimpinan PR sejak dari petang lagi.Namun saya teruja kerana masuk sahaja persimpangan ke Permatang Pauh terasa bahang pilihan raya bandera di pasang di sana sini. Terasa kemeriahannya. Namun kita jangan leka. Sejurus Anwar tiba beliau ada memberi sedikit taklimat kepada setiap Jawatankuasa Daerah Mengundi ( J.D.M ) atau lebih di kenali sebagai cawangan dengan sedikit taklimat ringkas tentang strategi serta kaedah berkesan untuk menetang lawan di kubu kita sendiri jelas Anwar.


Situasi yang di alami sekarang berbeza ini kerana satu Malaysia serta seluruh dunia memerhatikan kita. Sewaktu taklimat terseut Anwar sendiri member tahu di mana ada pimpinan tinggi lawan memberitahu BN atau UMNO tidak akan membuat ceramah kerana mereka tahu ceramah yang di lakukan tidak akan dan tidak pernah mendapat sambutan.

Jadi mereka melancarkan strategi yang boleh meningalkan kesan yang begitu dalam. Dimana Puteri UMNO akan melawat rumah demi rumah dengan habuan yang berupa wang ringgit sudah tentu akan melemahkan pihak lawan. Mereka akan cuba sedaya upaya untuk menang dalam pilihan raya ini. Ini adalah perlawanan antara hidup ataupun mati.

Namun beliau ada berpesan jangan diusik sarang tebuan, jika di usik juga saya tidakakan berlengah dan akan terus melawan serangan tersebut. Dan menurutnya lagi moto pilihan raya ini adalah pasca merdeka. Merdeka untuk semua.




No comments

Powered by Blogger.