Nuridah sedia debat dengan shahrizat mengenai kedudukan wanita Islam

Bagaimanapun saya meminta supaya beliau memberi jemputan secara hitam putih dan sehingga kini jemputan masih belum diterima - Ustazah Nuridah

Bagaimanapun saya meminta supaya beliau memberi jemputan secara hitam putih dan sehingga kini jemputan masih belum diterima - Ustazah Nuridah

Nuridah sedia debat dengan shahrizat mengenai kedudukan wanita Islam

14/08/2008 2:37pm

IPOH 14 Ogos - Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat, Nuridah Mohd. Salleh bersedia mengadakan perdebatan secara terbuka dengan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung kedudukan wanita Islam di negara ini jika ada jemputan

untuk berbuat demikian.

Beliau juga bersetuju jika perdebatan itu disiarkan secara langsung asalkan tujuannya adalah untuk kebaikan wanita Islam secara keseluruhannya.

Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Dewan Muslimat Pas Ke-48 di sini, Nuridah berkata, setakat ini beliau telah dihubungi oleh Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu yang menganjurkan mereka bertemu untuk berbincang mengenai kedudukan wanita Islam

di negara ini.

”Bagaimanapun saya meminta supaya beliau memberi jemputan secara hitam putih dan sehingga kini jemputan masih belum diterima,” katanya.


Ditanya sama ada beliau bersedia jika perbincangan itu dibuat secara terbuka dan disiarkan secara langsung, Nuridah berkata, pihaknya terbuka dan bersedia untuk berbuat demikian.- Utusan


JOM LA PUAN JAT..

No comments

Powered by Blogger.