PAKATAN RAKYAT SOKONG ANWAR DI PERMATANG PAUH




PAKATAN RAKYAT SETUJU SOKONG ANWAR DI PERMATANG PAUH. JENTERA SUDAH BERSEDIA



TEMURAMAH JAM 930 PAGI DI AMPANGAN MENGKUANG. 3/8/08

Temuraah khas bersama YB Chong Eng Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam merangkap Timbalan Setiausaha Agong DAP Pusat dan juga Ketua Wanita DAP Pusat .



SK: Berhubung dengan pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PKR dan Pakatan Rakyat di parlimen Permatang Pauh, apakah pandangan DAP?

YB CHONG ENG: DAP akan memberi sokongan kepada PKR dan Dato Seri Aanwar Ibrahim , dan DAP hendak kan beliau menang dan berhubung dengan tsunami politik pada 8 hb yang lepas, dan perubahan ini haruslah berterusan danperubahan ke dua kita(DAP) mengharapkan perubahan yang lebih besar di peringkat Kebangsaan.

SK: Apa pandangan YB berhubung tindakan YB Datuk Seri Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh.?

YB CHONG ENG : Beliau telah bertindak dengan sewajarnya. Dulu pun semasa Dato Seri Anwar Ibrahim yang pada waktu itu ,semasa penahanan beliau pada tahun 1998, Datuk Seri Wan Azizah telah “terpaksa”melibatkan diri dalam politik menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Datuk Seri Wan Azizah juga pernah menjelaskan bahawa jika DSAI bebas bertanding, maka beliau akan mengosongkan kerusi Permatang Pauh dan kini masanya telah tiba untuk DSAI mengambil alih tempat beliau sendiri setelah bebas untuk bertanding.saya rasa beliau bertindak untuk mengikut janjinya..

SK: Apa pandangan DAP dan persediaaan DAP bagi membantu dalam pilihanraya permatang Pauh ini?

YB Chong Eng: DAP sentiasa tahu bahawa akan ada satu pilihanraya kecil, dan selepas perletakkan jawatan DSWA , DAP telah megadakan satu mesyuarat berhunga dan setiausaha agong DAP dan semua wakil rakyat seberang perai dan pulau pinang malah Yb Lim Kit Siang dan menyuruh semua pengundi.



TEMURAMAH KHAS DENGAN PENGARAH PILIHANRAYA NEGERI PULAU PINANG.EN MUSTAFFA KAMAL ATAU LEBIH DIKENALI DENGAN PANGGILAN PAK MUS


TEMURAMAH KHAS DI PEJABAT PILIHANRAYA NEGERI JAM 240 PETANG 03/08/08


SK: Pak Mus sebagai pengarah pilihanraya negeri apakah pandangan tentang pilihanraya kecil ini dan kerjasama, terutamanya sokongan dari komponen Pakatan Rakyat.

PAK MUS: Pilihanraya ini melibatkan seorang tokoh besar di Malaysia dan luar negara , dan sudah tentunya menjadi perhatian didalam dan luar negara .Sehingga kini, PKR dan pejabat pilihanraya negeri telah bersiap sedia hampir 100% untuk mengekalkan jentera, persiapan,pengangutan,strategic pemuda, wanitanya semuanya sudah sedia. Ini adalah untuk menjamin kemenangan Permatang pauh di tangan PKR khasnya dan PR umumnya.Persediaan dan sokongan dari parti komponen DAP dan PAS yang turut memberi komitmen yang tinggi dalam membantu kemenangan dato seri anwar ibrahim dan pihak pejabat pilihanraya negeri juga seringkali bermesyuarat dengan komponen parti dalam pakatan rakyat.

SK:Sehingga kini bagaimanakah persediaan jentera pilihanraya Permatang Pauh dan juga jentera pilihanraya AMK Keadilan di Permatang Pauh.


PAK MUS:Jentera pilihanraya Permatang Pauh dan AMK Pemuda Permatang Pauh kini bergerak dengan lebih baikdan maju kehadapan lagi dari pilihanraya yang terdahulu kerana AMK Permatang Pauh dan wanita mempunyai bilik gerakan sendiri ,untuk mebolehkan jentera pilihanraya dari luar kawasan bergerak , jika dibuat perbandingan dengan pilihanraya lepas, AMK bahagian tidak mempunyai pejabat atau bilik gerakan khas . tujuan utama ialah untuk memudahkan susunan dan pergerakan serta mobilasi semasa pilihanraya.Jadi ini satu perkembangan yang cukup baik, dan saya rasa ini adalah satu persediaaan awal yang dibuat malah telah beroperasi sejak 3 Ogos lagi.
Permatang Pauh mempunyai 28 daerah mengundi dan setiap pusat kita mepunyai bilik gerakan bagi menjalankan operasi gerakan pilihanraya, dimana pusat bilik gerakan induk berpusat dari Yayasan Aman


SK:Bagaimana pula kerjasama wanita PKR bahagian Permatang Pauh dengan muslimat PAS bahagian Permatang Pauh serta komponen PR khasnya DAP.


PAK MUS: Nampaknya sehingga kini , kita telah bersedia dan telah beberapa kali bermesyuarat Cuma apa yang hendak dilakukan kini ialah memperkemaskan lagi jentera ini khasnya untuk menarik pengundi wanita.



SK: Bagaimana pula dengan harapan dan peluang untuk PKR mengekalkan kerusi Pematang Pauh ini?dan apakah kesannya jika meletakkan Sdr Ezam.


PAK MUS: Kita tidak mengambil mudah siapa pun lawan kita, calon mana yang akan di letak oleh BN khasnya UMNO di Permatang Pauh ni.Tentang persiapan kita, (PKR) telah bersedia dan siapa pun lawan kita, kita tetap membuat persiapan yang cukup rapi dalam pilihanraya kecil ini.



TEMURAMAH KHAS DENGAN PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN NEGERI DATO ZAHARAIN BIN HASHIM


TEMURAMAH DI PEJABAT PILIHANRAYA NEGERI JAM 315 PETANG 03/08/08


SK: Sebagai pengerusi perhubungan negeri,Apakah perasaan Dato menjadi tuan rumah dan tumpuan dari dalam dan luar negara berhubung dengan pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Dato Zaharain Hashim; Terima kasih kerana SK sudi untuk menemuramah saya, dan sebenarnya kita telah menjangkakan pilihanraya ini akan berlangsung di Permatang Pauh kerana Kak Wan(Datuk Seri Wan Azizah) sendiri pernah melahirkan hasrat beliau iaitu jika DSAI bebas, beliau akan memberi laluan kepada suaminya. Bagi PKR negeri kita mengambil tanggungjawab besar ini sebagai satu yang cukup penting dan bermakna kerana ianya menjadi perhatian bukan sahaja di dalam negara malahan di mata dunia. Maka kerana itu satu sistem yang kemas,kerjasama yang mantap.adalah diperlukan bagi menggambarkan bahawa kekuatan sebenar yang sememangnya telah wujud di Permatang pauh ini di perkukuhkan lagi dan kita mengharapkan kejayaan ini akan terus bertahan dan kita optimis ianya bertahan.InsyaAllah.


SK: Sehingga kini bagaimanakah dengan persiapan menerima kehadiran jentera dari badan-badan perhubungan dari negeri lain .


Dato Zaharain Hashim: Persediaaan kita telah atur, dimana kita telah membincangkan dimana dan bagaimana penempatan para penyokong dari badan-badan perhubungan dari negeri-negeri lain, dan ini hampir selesai penyusunannya. Cuma apa yang sedang kita aturkan ialah membahagikan kawasan tertentu bagi setiap negeri yang menghantar jentera pilihanraya ini bagi membantu menguatkan lagi jentera pilihanraya kita.saya kira penduduk Permatang Pauh sendiri sudah matang berpolitik dan ini bukan kali pertama menghadapi pilihanraya ..malah Dato Seri Anwar sendiri juga bukan orang luar.beliau bertanding di kawasan beliau sendiri.


SK: Pada pandangan Dato sendiri , adakah pilihanraya ini akan Berjalan dengan telus, adakah PKR menjangkakan sesuatu yang diluar jangkaan.


Dato Zaharain: Pada pandangan saya , pilihanraya ini seharusnya berjalan dengan telus dan kita berharap ianya akan menjadi pilihanraya yang bersih.Kemenangan itu memang kita harapkan dan dengan persiapan seluruh jentera dan kematangan politik pengundi Permatang Pauh sendiri yang mengundi, saya kira kemenangan itu boleh menjadi hak kita.walau bagaimanapun kita tidak mahu terlalu bongkak dan yakin ,yang penting maklumat, persiapan kemas dan rapi, susun atur gerakerja,mobilasi pengangkutan jentera pilihanraya semuanya haruslah digembeling agar kemenangan yang bersejarah ini akan menjadi seusatu yang cukup manis bagi penduduk Permatang Pauh dan rakyatPulau Pinang sendiri serta kita dapat melangkah ke Putrajaya mengikut jadual yang di tetapkan.




TEMURAMAH KHAS DENGAN YB HAMDAN ABDUL RAHMAN.ADUN PAS PERMATANG PASIR


TEMPAT PEJABAR KEADILAN NEGERI JAM 400 PETANG

03/08/08

SK: Bagaimana kerjasaman PAS dengan Pakatan Rakyat di Permatang Pauh

YB HAMDAN: kerjasama kita tidak berbelah bahagi kerana ADUN Permatang Pasir adalah salah satu dari bahagian Permatang Pauh.jadi soal kejasama ini adalah menjadi misi utama jentera PAS.Begitu juga di pihak pusat apabila Presiden sendiri mengarahkan kerjasama maksimum untuk membantu jentera di Permatang Pauh.


SK: Bagaimana pula sokongan dari PAS pusat?

YB HAMDAN: Kerjasama PAS pusat memang telah ada, dan sekarang saya telah diaarahkan untuk mendapatkan beberapa buah rumah bagi kegunaan jentera wanita PAS Pusat dan juga jentera kempen PAS Pusat.Sehingg akini saya telah mendapatkan beberapa buah rumah untuk kegunaan pihak PAS untuk berkempen di Permatang Pauh.

No comments

Powered by Blogger.