Pilihanraya kecil waktu ini banyak membawa faedah kepada penduduk setempat

Hotel sekitar Permatang Pauh habis

BUKIT MERTAJAM: Menjelang hari penamaan calon dan mengundi bagi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh, semua bilik hotel terutama di sekitar Seberang Jaya didapati sudah habis di tempah.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 16 Ogos sementara hari pengundian pada 26 Ogos.

Pengurus Komunikasi Hotel Sunway, Seberang Jaya, Nurhidayah Yoon Abdullah berkata kesemua 200 bilik hotel itu telah ditempah bermula 12 hingga 26 Ogos ini.

“Kesemua bilik ditempah oleh parti politik dan orang perseorangan yang kebanyakannya terlibat dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

“Kami menerima tempahan sejak pengumuman tarikh pilihan raya kecil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan penyandangnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengosongkan kerusi kawasan tersebut untuk membeli laluan kepada Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga suami beliau untuk bertanding.

www.hmetro.com.my

No comments

Powered by Blogger.