SUASANA SEKITAR RUMAH DSAI PADA 5 OGOS 2008

Suasana sedikit tegang hari ini apabila kebanyakkan pemberita serta sumber-sumber membuat rumus mengenai penangkapan DSAI. Mengikut sumber Pihak Polis di katakan ingin di kerahkan ke rumah DSAI pada hari ini. Namun tujuan sebenar masih belum di ketahui. Ada yang memberitahu Pihak Polis di katakan ingin memberikan DSAI sesuatu namun tidak tahu apa kah sebenarnya. Ada juga khabar angin yang memberitahu bahawa DSAi di jangka akan di tahan pada hari ini.

Namun sumber yang di perolehi masih belum dapat di sahkan lagi tetapi para pemberita serta para penyokong DSAI telah mula berkumpul di rumah DSAI di Bukit Segambut sejak petang tadi. Namun apa yang bermain di fikiran orang ramai adalan bagaimana pokok boleh bergoyang jika angin tidak bertiup. Keadaan sedikit tegang apabila kehadiran sebuah van putih. Seolah-olah seperti van polis. Setelah menghampiri van tersebut ia merupakan van persendirian.


Sekitar rumah Anwar

Jelas semangat juang serta keyakinan yang di tunjukkan DSAI beliau tidak gentar mendengar khabir angin serta andaian beberapa pihak. Walupun ramai pemberita dari dalam dan luar negara menunggu beliau di luar kediamannya serta turut serta untuk mengikuti perkembangan DSAI seolah-olah ada sesuatu yang terjadi . Beliau dalam keadaan tenang serta yakin tiada sebab untuk beliau di tahan. Fakta tidak cukup kuat. DSAI tetap meneruskan ceramahnya di kuantan hari ini.

Namun prinsip DSAI tetap teguh. Beliau akan lawan dan lawan dan lawan habis habisan. Diharap para penyokong dapat turut bersama dalam memperjuangkan hak kita sebagai rakyat Malaysia. Ini bukan kerana Anwar ini adalah kerana negara kita. Kemerdekaan bagi kita. Kita patut turut sama mengikut prinsip serta semangat DSAI dalam menegakkan keADILan. Mari bersama ke Permatang Pauh untuk jalan menuju ke Putra Jaya.

No comments

Powered by Blogger.