Sumpah Saiful Tidak Lemahkan Semangat Penyokong Anwar

SELEPAS mengikuti lapaz sumpah oleh pembacuh kopi Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan menerusi berita di tv jam 8:00 tadi jiwa terus meronta untuk turun ke Permatang Pauh. Mahu melihat apakah suasana di Permatang Pauh setelah berita itu keluar! Apakah kawasan pilihan raya itu menjadi senyap sunyi dengan tindakan Saiful Bukhari itu?

Melihat kepada sumpah itu dibuat menampakkan sangat ianya ada agenda untuk menyerang calon rakyat, Anwar Ibrahim habis-habisan. Sumpah itu sengaja dilakukan dan seperti mana saya ramal tiga hari lepas sumpah dan pengakuan Saiful itu akan menjadi bahan kempen utama oleh BN di Permatang Pauh.

Walaupun Saiful ketika sidang akhbarnya menafikan tindakan itu tidak ada kena mengena dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, namun hakikinya lapaz sumpah dan sidang akhbar itu mengarah kepada tujuannya. Budak kecil yang belum dapat berjalan pun faham apa yang dilakukan oleh Saiful itu. Ada pengarah ghaib di belakangnya?

Mungkin para konspirator yang berselindung di sebalik batang tubuh bekas pembacuh kopi Anwar itu mengharapkan sesuatu akan berlaku. Kalau boleh mereka mahu PKR akan menukar calonnya dari Anwar kepada orang lain. Mereka mengira Anwar akan gementar dan menarik diri. Namun saya kira Anwar tidak menjadi senaif itu. Bukankah Anwar seorang pemberani?

Sememangnya sumpah dilapazkan oleh Saiful itu amat berat dalam konteks Islam. Ia mungkin sudah difikirkan semasak-masaknya oleh pelakunya. Kalau ianya diupah setakat RM1.3 juta atau lebih tidak berbolai. Sumpah dengan menggunakan nama Allah sesuatu yang besar risiko dan kesannya. Apa yang dibimbangkan laknat yang bakal diturunkan Allah gara-gara sumpah itu bukan saja terkena ke atas orang yang melakukannya tetapi akan terbabit pada orang lain juga!

Apapun itu adalah hak Saiful dan beliau akan bertanggungjawab di dunia dan akhirat dengan apa yang lakukan itu. Bila berhadapan dengan Rabul Jalil di Mahsyar besok segala anggotanya akan menjawab sementara mulutnya akan terkunci. Di sana tidak ada sesiapa boleh membantu hatta raja konspirator sekalipun. Di sananlah pengadilan yang sebenar-benarnya adil.

Dalam konteks hari ini, cara Saiful itu jelas strategi untuk mengkhianati Anwar dan menganggui mood rakyat daripada menyokong Pakatan Rakyat. Masalah peribadi mereka berdua tidak seharusnya diheret ke tengah masyarakat. Siapakah yang mengheret masalah itu ke tengah masyarakat dan mempolitiknya? Jawabnya bukan Anwar, tetapi Saiful.

Kalau BN menggunakan Saiful sebagai modal kempennnya mungkin ia tidak memberi banyak keuntungan. Silap-silap dengan pengakuan dan sumpah Saiful itu ia akan menambahkan majoriti untuk Anwar?

Tidak pedulikan letih.

Kerana terlalu kesal dengan lapaz Saiful itu menyebabkan saya tidak mempedulikan letih kerana baru lepas keluar dari perasmian muktamar Pas, di Ipoh Perak. Saya berhajat untuk ke Permatang Pauh malam ini juga.

Sebelum ke Permatang Pauh saya singgah dulu di restoran nasi kandar di Pulau. Sejak bertolak dari Ipoh lagi selera meminta nasi kandar. Sepanjang perjalanan ke Penang petang tadi saya sengaja melaparkan perut.

Seperti dijangka dan kebetulan di restoran itu terserempak dengan beberapa orang jerung Umno yang turun untuk mengarakkan calon mereka di Permatang Pauh besok. Antara yang terserempak ialah Ahmad Shabery Chik, (Menteri Penerangan), Khalid Nordin (Menteri Pengajian Tinggi), Onn Ismail (Pengerusi Tetap Umno), masing-masing bersama 'pendayung' dan pengasuh masing-masing.

Di hotel pula terserempak dengan bekas menteri JKR, S Samy Vellu, Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin, Rais Yatim juga menginap di hotel yang sama. Semua mereka datang untuk berarak calon BN.

Pasti di Permatang Pauh esok akan penuh sesak dan keadaan bagaikan sebuah pesta besar. Semua menteri-menteri dijangka akan turun untuk memberi sokongan kepada calon BN, Ariff Shah Omar Shah. Mohd Najib Razak dijangka akan mengepalai perakan besok.

Selepas makan saya bertolak ke Permatang Pauh yang jaraknya lebih kurang 45 minit dari Pulau.

Sebaik memasuki kawasan pilihan raya suasana sudah mula nampak. Bendera Keadilan sudah mula kehilangan dicacak di kiri kanan jalan. Di bulat atau simpang-simpang jalan banting Keadilan sudah mula membelit ting lampu atau pokok. Gerombolan anak muda bermotorsikal membawa bendera (PKR) juga bersimpang siur di jalan-jalan.

Dari segi prasarana PKR nampaknya mendahului BN. Beberapa buah pos PKR sudah mula kelihatan di tepi-pi jalan. Suasana pilihan raya sudah mula terasa.

Di persimpangan jalan masuk ke Cherok Tok Kun, kampung Anwar terdapat postret gergasi Penasihat Umum PKR itu yang digantung antara dua pokok. Kedudukan gambar itu seakan memberi amaran apa juga pengkhinatan, serangan dan halangan tidak akan dipedulikan.

Dari gabaran di Permatang Pauh itu jelas sekali berita mengenai lapaz sumpah dan sidang akhabr oleh si pembacuh kopi Anwar sekajap tadi tidak memberi bekas. Bahkan semangat orang ramai semakin membuak dan rasa marah kepada BN semakin menjadi-jadi. Rata-rata mereka yang sempat ditinjau pendapat tidak mempedulikan apa yang diucapkan Saiful itu.

"Tidak jadi masalah. Kita tidak kira siapa yang akan bertanding atas nama Pakatan Rakyat, yang penting kita nak jatuhkan BN," begitulah ulas seorang anak muda yang sedang memasang kain pemidang apabila diceritakan mengenai tuduhan ke atas Anwar.

"Kerajaan boleh tuduh dan dakwa dengan apa juga kesalahan pada Datuk Seri (Anwar), tetapi rakyat semua sudah tidak percaya. Tak percaya encik , tunggulah 26 Ogos nanti," begitu pula kata seorang lelakiseparuh umur dalam sebuah warung di simpang ke Kubang Seman.

Jawaban dari dua penduduk itu memberi kesimpulan ringkas kepada saya setakat ini bahawa sumpah Saiful, pendakwaan ke atas Anwar tidak menjejaskan semangat mereka. Malahan lapaz sumpah itu akan menjadikan pengundi makin bersimpati kepada Anwar. Persiapan untuk berlawan dengan BN bagi mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh jadi semakin panas dan bersemangat.

Para pendokong PKR sudah nekad tidak akan memperdulikan apa juga fitnah, adu dombak untuk mematahkan semangat mereka.

Slogan keramat yang dilaungkan Anwar, "Lawan Tetap Lawan" nampaknya benar-benar menjiwai dan membangkitkan semangat pengundi Permatang Pauh. Berdasar kepada tinjauan itu kemenangan sudah terbayang jelas untuk Anwar!
MSO

1 comment

Franco said...

Saiful: I feel that the time is right for me to do my duty as a Muslim and Malaysian by doing what is right.”

Me: I ponder, He said he felt today was the right time to do his duty as a Muslim after 2 months by doing what is right? So, what was right thing to do? Swear on the Quran was the right thing to do? I do agree. But then, would it be taken to mean that the earlier meeting with Najib, Dr Mohamed and negotiating with a police officer and ultimately making a police report was in itself never the right thing? If he wants to do his duty he should in the first place had sworn by the Quran and thereon leave it to Allah to punish Anwar. But he is so passionate to want so much publicity and gaining compassion. By his own words, “it is between him and anwar and Allah”; if that is so, then why he wants so much publicity to proof that his arse was on the line of fire? I am puzzled and perplexed!

Saiful: “He swore in the name of Allah and in accordance to the teachings of Islam and as advised by religious scholars and teachers that I was sodomised by Anwar Ibrahim.”

Me: There seems to be a catch - did he say that he was advised by religious scholars and teachers that he was sodomized by Anwar? He was advised to swear that he was sodomized? Or he was advised that he need to swear? And he said it was done in accordance with the teaching of Islam? Tell me in which Surah gave such teachings on swearing? I have not found a phrase in the Quran pertaining to swearing as an victim; the victim was suppose to get the necessary witnesses as espoused; that’s the rule of syariah.

Saiful: “I’ve taken this oath to prove that my allegations are completely true. Allah is the only place where I can complain to.”

Me: If Allah is the ONLY place to complain, then why did he go everywhere, including to Najib to complain. Najib is not Allah! And he don’t have to take an oath to prove that his allegation is completely true. If the sodomy is true, Allah surely knows; the Quran said Allah knows everything; so you don’t need to prove to Allah that you did not lie. If you believe in Allah, you must also believed that Allah is all knowing and Allah is omnipotent and omnipresent.

Saiful: “I’ve done this for God … and I do not wish to lie to the world as he [Anwar] has done.”

Me: Ehm!!! You did this for God? Oh my God! You can’t be doing this for God; you are doing this for yourself and to convinced us human beings that you did not lie; you don’t do this swearing for God and God do not need you to do this for Him.

Saiful: “I’ve not been hiding but I was quietly gathering enough courage to answer all the allegations against me, especially by Anwar Ibrahim. It needs mental and spiritual strength as taking an oath is not something trivial or easy. The consequences can be very dire in the eyes of God. Nevertheless, Allah has given me the strength to take the oath today.”

Me: Why do he need mental and spiritual courage to tell God? If you believed that God is all knowing, it must mean that He already knows whether you tell Him or not. Of course the consequences of falsely swearing to God is dire in the eyes of God. But if the sodomy was a factual act committed, he never need to fear about telling this truth to God because he already knows that God knows of what had happened to his arse. I don’t need strength to tell God because I know that God is omnipotent and omnipresent irrespective whether I tell Him or not.

Saiful: “This is not a political matter, it is a private matter between me and Anwar Ibrahim.”

Me: This certainly is a private matter between 2 person and God alone. Saiful is right on this. But then he chose to go to Najib for advice; Najib was the first to know. After that, he then went to some specific police officer for advice at a hotel room to discuss the sodomy; thereafter, he went to so Dr Mohamed and then to HKL before he went to make a police report. By involving so many parties it was no more a private matter; it has become a public issue.

It must have been a great courage for him to come out now to meet the press after the swearing. The swearing was suppose to be a private matter; but he went to the press to pronounce the swearing for reasons all can imagine. To say that he has “gathered courage” after 2 months while all along he was taunting Anwar and flashing victory signs at the media camera is quite cheap and shows the stupidity of the forces who are behind him. Evil is their thought! Did it take two months for him to gather courage while all along he was blogging about anything he could imagine about his relations with Anwar and PKR? Hogwash!

Copied from somewhere. Have a good day.

Powered by Blogger.