Anwar tiba di pusat penamaan calon

BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat penamaan calon di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini tepat pukul 9 pagi ini.

Beliau masuk ke dewan penamaan lima minit kemudian diiringi isteri yang merupakan bekas ahli Parlimen kawasan itu, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anak mereka, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah. - Utusan

No comments

Powered by Blogger.