Umno terima banyak aduan rasuah politik
KUALA LUMPUR: Lembaga Disiplin Umno menyifatkan gejala rasuah politik semakin menjadi-jadi pada pemilihan parti kali ini dan memberi amaran akan menggunakan tata etika parti untuk bertindak tegas menghapuskan amalan buruk itu.
Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata perbuatan ahli dan pemimpin Umno yang tidak menghormati tata etika digariskan adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku, lebih-lebih lagi dalam usaha memulihkan imej parti.
Beliau yang mengakui sudah menerima banyak aduan berhubung kesalahan rasuah politik yang diserahkan oleh Ibu Pejabat Umno baru-baru ini berkata, pihaknya sedang meneliti semua laporan serta aduan berkenaan.
“Memang menyedihkan apabila banyak pihak mengadu mengenai rasuah politik di kalangan ahli dan pemimpin Umno... tiada jalan lain lagi, kecuali dengan bertindak terhadap pihak yang terbukti melakukan kesalahan itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak berkata dua pilihan yang digunakan untuk mencegah politik wang adalah dari segi undang-undang membabitkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan tindakan melalui Lembaga Disiplin Umno.
Najib menegaskan Lembaga Disiplin sudah diberi kuasa sepenuhnya untuk menyiasat kesalahan membabitkan rasuah politik dengan menilai dan membuat penentuan terhadap perkara itu jika terbukti bersalah.
Baru-baru ini, beberapa pemimpin Umno termasuk Naib Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Mustapa Mohamed menyuarakan rasa kesal dan bimbang dengan amalan rasuah politik yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
Tengku Ahmad Rithauddeen, berkata langkah meminda tata etika ahli Umno yang diluluskan pada 2001 itu bagi memudahkan Lembaga Disiplin mengambil tindakan terhadap pihak yang melanggar peraturan parti.
“Mengikut garis panduan tata etika baru ini, Lembaga Disiplin dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan,” katanya.
Pindaan tata etika Umno termasuk membenarkan pelantikan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi dan kegiatan berkempen hanya dibolehkan jika diuruskan Ibu Pejabat Umno dan Badan Perhubungan Umno negeri.
Tata etika baru ini juga memberi kuasa kepada MT menetapkan bentuk salah guna kuasa, wang dan sogokan dari semasa ke semasa dan menjadi satu kesalahan bagi ahli Umno yang berjawatan dalam parti tetapi tidak memberitahu MT jika muflis, gugur jawatan atau menggunakan kuasa untuk kepentingan peribadi.

No comments
Post a Comment