Tiket bola ‘touch n go’ lebih efektif

KOTA BHARU - Penggunaan tiket bola sepak elektronik ‘touch n go’ yang diperkenalkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk musim 2010 dilihat sebagai efektif serta sesuai dengan perkembangan semasa.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penggunaan kad elektronik itu membolehkan tahap keselamatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV lebih terkawal serta mengelakkan kebocoran penonton yang memasuki stadium tanpa tiket sah.

Menurutnya, inilah kali pertama Kafa menggunakan kaedah tersebut terutama-nya di pintu utama dan eksklusif.

“Saya rasa stadium ini merupakan stadium pertama menggunakan kaedah tiket ‘touch n go’ di negara ini, kita akan meneliti keberkesanannya dan sedia memperluaskan penggunaannya sekiranya ia benar-benar berjaya.

“Kami juga menyediakan kemudahan untuk penonton membeli tempat duduk untuk satu musim,” katanya yang melancarkan kad tersebut sebelum perlawanan antara Kelantan dan Johor kelmarin.

Ketika ditanya mengenai kenaikan harga tiket untuk musim ini, beliau berkata, kenaikan itu tidak terlalu membebankan penonton.

Katanya, penonton perlu memahami kenaikan kos semasa serta menerima hakikat bahawa harga asal bertahan agak lama sebelum Kafa memutuskan ia dinaikkan musim ini.

“Kami menganggap harga baru ini masih berbaloi kerana kita juga membelanjakan kos besar bagi mendapatkan pemain-pemain terbaik untuk The Red Warrior’s.

“Saya berharap penonton terus memberikan sokong-an tidak berbelah bagi sebagai mendorong pemain beraksi pada tahap terbaik sekali gus mencapai keja-yaan cemerlang musim ini,” katanya.

No comments

Powered by Blogger.